Kesan Qunut Nazilah Sedang Berjalan Ke Arah PPBM Melaka?

Melaka Digest
By -
0

Qunut Nazilah sepatutnya doa mulia Nabi Muhammad SAW untuk perlindungan umat. Kini, ia dijadikan alat politik PAS dan akhirnya kesan dari bacaan qunut mula menampakkan ‘hasilnya’.


Tukang baca doa qubut nazilah PAS dan Perikatan Nasional adalah ahli parlimen Jasin, Haji Zulkifli bin Haji Ismail. 
 
Beliau seakan mendapat ‘kontrak’ membaca doa tersebut. Setiap kali ada demostrasi atas nama ‘Palestine’ maka beliau akan membacanya. Malah dia juga seperti ‘di-booking’ untuk membacanya di demostrasi yang terkait dengan Kerajaan Madani termasuk “Turun Anwar”.

Allah Maha Kaya, ingatkan Allah turunkan bantuan kepada rakyat Palestin dan juga kepada PAS tetapi Allah swt hantar bala kepada Perikatan Nasional.

Rakyat boleh melihat dan menjadi saksi, hubungan PAS dan PPBM retak seolah-olah Allah menegur geng lebai yang tunggang agama demi kuasa. Doa untuk keselamatan berubah menjadi pemusnah diri sendiri dan perebutan pengaruh.

Kesan qunut nazilah juga menjenguk PPBM. Geng Azmin dan geng Wan Saiful Wan Jan berperang bukan kerana rakyat tapi kerana siapa lebih hebat, siapa lebih layak berada di kepimpinan tertinggi PPBM. Qunut yang sepatutnya memohon rahmat Allah, kini “doa dendam politik”, menyaksikan parti sendiri bercerai berai.

Di Melaka pula, terutama bagi penyokong PAS, mereka menanggung malu akibat wakil rakyat mereka gagal bezakan dana PBT dan dana Persekutuan.

Tular bisik-bisik di kedai kopi bahawa Ahli Parlimen Jasin makan gaji buta apabila sibuk menghadiri demostrasi di Kuala Lumpur. Terbaharu Zulkifli turut hadir dalam demostrasi “menghalau Trump”. Menurut sumber, warga Jasin mengeluh panjang. Tempat sendiri tidak terjaga tetapi sibuk ke Kuala Lumpur untuk menjadi Tukang Baca Qubut Nazilah? 
 
Malah ahli parlimen Jasin ini juga kalah teruk di pemilihan jawatan kuasa PAS pusat baru-baru ini.

Akhirnya Qunut Nazilah seolah-olah menghukum mereka sendiri. Moralnya jelas, bila agama dijadikan alat politik, akhirnya qunut makan tuan. Doa Nabi bukan tiket untuk meraih populariti atau menundukkan lawan. Ia jadi pengajaran keras bahawa kuasa tanpa ilmu dan integriti hanya membawa malu, perpecahan dan akhirnya rakyat yang sengsara.

Rakyat perlu sedar, pemimpin yang pandai berdoa di mimbar tapi gagal urus rakyat adalah ancaman lebih besar daripada musuh nyata.

Qunut politik bukan penyelamat, ia pengukur sebenar kebodohan dan tamak kuasa.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)