Masa depan Perikatan Nasional semakin ketara apabila retakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan renggangan dengan PAS semakin jelas kelihatan. Isyarat halus ini kini bukan lagi rahsia apabila suara-suara dalaman mula mendedahkan perang dingin yang sudah lama berputik antara dua kem besar dalam PPBM, kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kem Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Terbaharu, Naib Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya, Hezri Sardi, dalam satu hantaran panjang di Facebook miliknya mendedahkan tentang kewujudan “Trojan Horse”, satu sindiran tajam yang dilihat ramai sebagai ditujukan kepada Azmin Ali.
Walaupun Hezri tidak menyebut nama secara langsung namun gaya penulisannya dan naratif yang digunakan mengundang spekulasi besar dalam kalangan pemerhati politik.
“Trojan Horse” dan Dana Perang Politik
Hezri dengan berani mengaitkan konsep “Trojan Horse” ini dengan amalan tidak beretika dalam pembiayaan politik.
Menurutnya, ancaman sebenar kepada PPBM bukan datang dari luar tetapi daripada mereka yang menggunakan wang pihak lawan untuk membiayai “dana perang politik” kononnya bagi parti sendiri.
Beliau mengemukakan beberapa contoh undang-undang antarabangsa yang menunjukkan betapa seriusnya kesalahan ini:
1. Straw Donor – Amerika Syarikat (FECA 52 U.S.C. §30122):
Dalam kes United States v. D’Souza (2014), D’Souza menggunakan rakan sebagai proksi untuk menyalurkan dana kepada calon politik, satu tindakan yang dianggap penipuan terhadap sistem demokrasi.
Dalam kes United States v. D’Souza (2014), D’Souza menggunakan rakan sebagai proksi untuk menyalurkan dana kepada calon politik, satu tindakan yang dianggap penipuan terhadap sistem demokrasi.
2. Associated Entity – United Kingdom (PPERA 2000):
Di UK, undang-undang melarang sebarang yayasan atau NGO yang dikawal pihak lawan daripada menyalurkan dana kepada ahli politik parti lain.
Di UK, undang-undang melarang sebarang yayasan atau NGO yang dikawal pihak lawan daripada menyalurkan dana kepada ahli politik parti lain.
3. Third-Party Campaigner – Australia (Electoral Funding & Disclosure
Reform Act 2018):
Larangan kepada mana-mana entiti luar parti yang berbelanja bagi pihak ahli politik walaupun dana tidak disalurkan secara langsung ke akaun individu tersebut.
Analogi ini jelas membawa mesej bahawa wujudnya unsur dana luar yang mungkin sedang digunakan oleh sesetengah tokoh dalam PPBM untuk kepentingan peribadi atau agenda pihak tertentu?
Hakikatnya, PPBM kini sedang berdepan krisis dalaman yang semakin kronik. Pertelagahan antara dua kem pimpinan tertinggi telah menyebabkan banyak bahagian lumpuh dari segi gerak kerja politik malah Keputusan jawatan kuasa disiplin PPBM memecat dan menggantung beberapa Ketua Bahagian termasuk Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya menambah kesukaran untuk PPBM menghadapi PRU16. Baca di SINI.

Kem yang menyokong Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menuduh kem Hamzah Zainudin sebagai terlalu agresif dan rakus kuasa, manakala kem Hamzah pula mendakwa kepimpinan Muhyiddin sudah hilang hala tuju dan gagal mengurus parti selepas kehilangan kuasa kerajaan.
Beberapa pemimpin akar umbi turut mengeluh bahawa PPBM kini “hidup segan, mati tak mahu” dengan banyak bahagian seolah-olah memprotes keputusan lembaga tersebut, manakala pemimpin negeri terpaksa menunggu arahan yang tidak pernah tiba dari pusat.
Dalam masa yang sama, PAS dilihat semakin hilang keyakinan terhadap PPBM. Teguran demi teguran diberikan secara terbuka, termasuk sindiran halus daripada beberapa pemimpin kanan PAS bahawa “ada parti yang tidak lagi istiqamah dalam perjuangan.”
Nada yang keluar daripada Muktamar PAS baru-baru ini juga memperlihatkan perubahan arah seolah-olah parti itu sedang menilai semula masa depan dalam Perikatan Nasional.
Hubungan PAS–PPBM yang dulunya digambarkan sebagai “strategik dan berpaksikan Islam” kini tampak lebih dingin dan berjarak. Malah, beberapa kenyataan dari blok PAS memberi isyarat bahawa mereka mungkin sedang menyiapkan pelan kontingensi andai Bersatu terus terbelah dua atau gagal bangkit semula menjelang PRU16.
Gabungan retak dalaman PPBM dan renggangan dengan PAS menunjukkan satu realiti politik yang tidak boleh disembunyikan lagi. Parti yang dulunya menjadi tulang belakang kepada Perikatan Nasional kini berada di ambang perpecahan total.
Jika PPBM gagal menangani perebutan kuasa dalaman serta membendung budaya “Trojan Horse”, tidak mustahil Perikatan Nasional akan menjadi sejarah lebih awal daripada dijangka.