Belanjawan Melaka 2026: Bajet ‘Tailor-Made’ yang Tidak Dibaca Dengan Teliti Oleh Ketua Pembangkang

Melaka Digest
By -
0

Kritikan ketua pembangkang Melaka, YB Bemban, Yadzil Yaakub terhadap Belanjawan Negeri 2026 jelas memperlihatkan bahawa beliau tidak meneliti keseluruhan kandungan bajet tersebut secara menyeluruh.


Hakikatnya, Belanjawan Melaka 2026 bukan sekadar kesinambungan daripada bajet lalu tetapi satu rangka komprehensif yang dirangka khusus, ‘tailor-made’ untuk memenuhi keperluan ekonomi negeri, memacu pelancongan, memperkukuh industri hijau dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perkara paling ketara yang diketepikan oleh pembangkang ialah peningkatan mendadak inisiatif di bawah program MeSra. Tahun lalu, kerajaan negeri memperkenalkan 168 inisiatif. Tahun ini jumlah itu melonjak kepada 204 inisiatif, peningkatan 21% dan ini menjadikan Belanjawan 2026 antara bajet paling progresif yang pernah dibentangkan.

Pertambahan ini bukan angka bersifat kosmetik tetapi perluasan manfaat merangkumi pelbagai lapisan Masyarakat iaitu daripada bayi yang baru dilahirkan, pekerja awam, peniaga kecil dan komuniti.

Aspek kebajikan turut diperkuatkan. Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam bukan sahaja dikekalkan tetapi turut ditingkatkan sebagai penghargaan kepada barisan perkhidmatan awam negeri yang menjadi tulang belakang pentadbiran. Langkah ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa bajet ini tidak mempunyai nilai tambah berbanding tahun sebelumnya.

Tambahan pula, kerajaan negeri buat pertama kalinya memperkenalkan sewaan percuma selama sebulan kepada peniaga yang menyewa premis milik kerajaan. Insentif ini tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana pentadbiran terdahulu. Ia memberi ruang dan nafas kepada peniaga kecil untuk menstabilkan perniagaan, mengurus aliran tunai dan meningkatkan daya saing mereka, satu langkah pro-PKS yang sangat relevan dengan keadaan ekonomi semasa.

Di bawah kerangka MeSra juga, setiap kelompok rakyat diberi perhatian tersusun dan terarah. Golongan OKU mendapat perluasan manfaat, keluarga muda menerima sokongan berstruktur, manakala warga emas terus dibela melalui pelbagai program kebajikan.

Pendekatan ini melahirkan konsep bajet “from cradle to grave” memastikan rakyat Melaka dilindungi sepanjang kitaran hidup mereka oleh kerajaan BN Melaka di bawah YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi perhatian.

Dalam masa yang sama, kritikan ketua pembangkang menjadi lebih ironik apabila dibandingkan dengan prestasi khidmatnya sendiri. Janji asas beliau kepada pengundi Bemban termasuk pelaksanaan klinik percuma untuk rakyat kawasan tersebut masih tidak direalisasikan sehingga kini. Sedangkan kerajaan negeri pula terus menggerakkan inisiatif baharu dan memperluas capaian kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kawasan.

Rakyat Melaka perlu tahu bahawa Belanjawan Melaka 2026 bukan sekadar dokumen perangkaan tetapi satu pelan tindakan menyeluruh yang disusun rapi untuk mengangkat ekonomi negeri, memperkukuh kebajikan rakyat dan meningkatkan kualiti hidup secara holistik. 
 
Dakwaan bahawa ia adalah “salin dan tampal” bukan sahaja tidak tepat malah memperlihatkan kelemahan pembangkang dalam memahami aspirasi dan keperluan sebenar rakyat Melaka hari ini.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)