Hukum Aliakbar Gulasan 'Sambut' Perayaan Krismas, Apa Kata Lebai PAS?

Melaka Digest
By -
0

Perayaan agama bukan sekadar acara kebudayaan atau simbol keharmonian sosial. Ia merupakan manifestasi kepercayaan, ritual dan pengiktirafan terhadap asas akidah sesuatu agama. Justeru, penglibatan umat Islam dalam perayaan agama lain khususnya yang bersifat ibadah dan simbol teologi menuntut penelitian serius dari sudut hukum dan prinsip tauhid.


Islam menegaskan pemisahan yang jelas antara kebenaran dan kebatilan. Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 42). Ayat ini meletakkan garis panduan tegas bahawa akidah tidak boleh dicairkan atas nama toleransi, apatah lagi dicampuradukkan melalui pengiktirafan simbolik terhadap kepercayaan lain.

sumber

Lebih tegas, Allah SWT menegaskan kesempurnaan Islam sebagai satu-satunya agama yang diredai-Nya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu serta Aku redai Islam sebagai agamamu.” (Surah al-Ma’idah: 3). Prinsip eksklusiviti tauhid ini menolak sebarang bentuk pengiktirafan terhadap akidah lain melalui penyertaan dalam perayaan keagamaan mereka.


Dalam disiplin fiqh, larangan tasyabbuh, penyerupaan dalam perkara yang menjadi identiti agama turut menjadi asas. Rasulullah ï·º bersabda: “Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.” (Riwayat Abu Dawud, no. 4031 – Hasan Sahih). Hadis ini difahami oleh para ulama sebagai amaran agar umat Islam tidak terlibat dalam simbol, ritual dan perayaan yang menjadi identiti khusus agama lain.

sumber

Sejarah juga merekodkan pendirian jelas Rasulullah ï·º apabila Baginda tiba di Madinah. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari perayaan, lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.” (Riwayat Abu Dawud & an-Nasa’i – Sahih). Ini menegaskan bahawa Islam telah menyediakan ruang perayaan tersendiri tanpa perlu menumpang atau mengiktiraf perayaan agama lain.


Menariknya, pendirian ini turut selari dengan kenyataan rasmi PAS yang menegaskan bahawa menyambut Krismas sebagaimana disambut oleh penganut Kristian adalah bertentangan dengan akidah Islam dan dilarang oleh agama. Maka, isu ini bukan soal sempit atau ekstrem, sebaliknya konsisten dengan disiplin ilmu dan pendirian institusi politik Islam sendiri.


Persoalan yang wajar diteliti kini ialah, apakah yang diucapkan oleh Aliakbar Gulasan dalam majlis sambutan Krismas tersebut? Adakah ucapannya bersifat neutral sebagai penghormatan sosial semata-mata atau mengandungi elemen pengiktirafan keagamaan dan simbolik yang bercanggah dengan prinsip akidah Islam?


Jangan berselindung di sebalik “kita negara berbilang agama, kita negara majmuk..”, PAS perlu memberi penjelasan tentang perkara ini supaya pengikutnya sendiri tidak keliru antara PAS di Pantai Timur Semenanjung dengan PAS di negeri di Bawah Bayu dan PAS di Sarawak.

PAS di Melaka pula bersetuju dengan Jabatan Agama Islam Melaka melarang sebarang hiasan krismas di premis halal.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)