Kalah Teruk Di Sabah: Kumpulan Pro Muhyiddin Menyelar Penyokong Hamzah Zainuddin

Melaka Digest
By -
0

Beberapa calon PPBM yang tewas dalam PRN Sabah termasuk yang hilang deposit muncul dengan naratif yang sudah dijangka iaitumenyalahkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai punca kegagalan mereka.


Menurut Ketua Penerangan PPBM Setiawangsa, Saladdin Bin Arman, sikap terburu-buru menuding jari ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menunjukkan ketidakmatangan politik yang serius.

Sebelum laporan penuh post-mortem dikeluarkan, mereka telah pun mencari kambing hitam. Seorang ahli politik yang matang akan menunggu data, analisis dan hasil penilaian menyeluruh sebelum membuat kenyataan. Namun, bagi segelintir ini, lebih mudah menyalahkan orang lain daripada menilai kelemahan diri sendiri.

Lebih memeranjatkan, mereka memilih untuk melupakan fakta paling asas mengenai PRN Sabah.

Proses penyusunan keseluruhan daripada pembahagian kerusi, pemilihan calon, strategi kempen, penyediaan logistik hingga koordinasi negeri angkat dipimpin sepenuhnya oleh Pengarah Pilihan Raya PRN Sabah, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Pengerusi Perhubungan PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Jika benar mahu bercakap tentang perancangan atau strategi yang gagal, adakah logiknya semuanya diletakkan di bahu Presiden? Atau ada pihak yang sebenarnya lebih cepat mencuci tangan sebelum mengakui peranan mereka sendiri?

Dalam kekalutan segelintir yang sibuk mencari alasan, Menurutnya PPBM Bahagian Setiawangsa kekal teguh dengan pendirian. Tidak ada ruang untuk politik menyalahkan antara satu sama lain. Fokus kami jelas memperkukuh organisasi, membina kembali kekuatan parti dan berdiri kukuh menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terus konsisten mempertahankan prinsip perjuangan sejak hari pertama.

Setiawangsa bertekad untuk terus bekerja di lapangan, memastikan persiapan rapi bagi menghadapi PRU akan datang. Dalam politik, ada yang benar-benar berjuang, dan ada yang hanya mencari siapa yang patut dipersalahkan.

Namun kumpulan pro kepada Hamzah Zainuddin kekal menyalahkan Muhyiddin kerana membiarkan Hamzah ‘menanggung’ perbelanjaan pilihanraya Sabah. BACA di SINI.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)