Kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis kini berada pada tahap paling rapuh sejak pembentukan kerajaan negeri apabila isu lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa menarik sokongan terhadap Menteri Besar mencetuskan krisis terbuka. Lebih memalukan, krisis ini berlaku di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Pengerusi PN Perlis yang kini dilihat gagal total mengawal dan menyatukan gabungan PAS dan BERSATU di negeri itu.
Dari khabar angin telah berkembang menjadi perbualan politik terbuka yang mencalar imej PN Perlis sebagai sebuah gabungan yang stabil. Kegagalan mengurus perbezaan dalaman, khususnya antara PAS sebagai parti teras kerajaan negeri dan BERSATU sebagai rakan gabungan yang menuntut pengaruh lebih besar mendedahkan kelemahan kepimpinan Shahidan yang sepatutnya berperanan sebagai pendamai dan pengimbang kuasa.
Menurut sumber politik negeri yang dipercayai, lapan ADUN yang didakwa terlibat menarik sokongan terhadap Menteri Besar terdiri daripada gabungan wakil rakyat PAS dan BERSATU.
Antara nama yang disebut-sebut dalam perbincangan dalaman PN Perlis ialah:
1. ADUN Beseri (PAS)
2. ADUN Santan (PAS)
3. ADUN Sungai Panjang (PAS)
4. ADUN Kayang (PAS)
5. ADUN Sena (BERSATU)
6. ADUN Indera Kayangan (BERSATU)
7. ADUN Kuala Perlis (BERSATU)
8. ADUN Titi Tinggi (PAS)
Punca utama krisis ini berlegar pada tiga perkara utama iaitu perebutan pengaruh, pembahagian jawatan dan kegagalan rundingan dalaman. BERSATU didakwa semakin lantang menuntut pengiktirafan politik yang lebih besar, manakala PAS pula dilihat enggan berkompromi kerana merasakan mandat rakyat adalah hasil kekuatan jentera mereka.
Dalam situasi ini, peranan Shahidan sebagai Pengerusi PN Perlis sepatutnya menjadi pemutus. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya beliau dilihat gagal membaca dinamika dalaman, gagal meredakan ketegangan dan gagal mengawal naratif sebelum krisis ini membarah.
Isu lapan ADUN ini menjadi bukti nyata bahawa PN Perlis sedang berdepan krisis kepimpinan yang serius. Apabila rakan gabungan saling mencabar dan Menteri Besar hilang sokongan dalaman, ia bukan lagi soal persepsi, ia adalah kegagalan pengurusan kuasa.
Lebih membimbangkan, krisis ini membuka ruang kepada senario lebih besar, pembubaran DUN, pertukaran Menteri Besar atau perpecahan terbuka PN Perlis. Semua ini berpunca daripada satu hakikat yang sukar dinafikan, Shahidan sebagai Pengerusi PN Perlis gagal memastikan kesepaduan gabungan yang dipimpinnya.

KRONOLOGI MB PERLIS HILANG KUASA
Jun 2025
Kalah pemilihan YDP PAS Arau. Peroleh 43 undi berbanding lawan dapat 128 undi.
Sept 2025
Gagal dapat undi mencukupi sebagai AJK PAS Pusat.
Turut digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS
Perlis.
Okt 2025
Digugur dari jawatan Pengerusi PN Perlis, diganti dengan Shahidan Kassim.
Dis 2025
8 ADUN tarik sokongan.
Bermakna Cikgu Shukri telah hilang majoriti.