Respon Spontan Rakyat Sabah Dedah Ketidaksensitifan Pemimpin PN
Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyerahkan kepada PN Sabah untuk memutuskan sama ada mahu meletakkan calon dalam PRK DUN Lamag telah mengundang reaksi keras daripada rakyat Sabah.
Nada umum netizen jelas bahawa kenyataan itu dianggap terlalu awal, tidak sensitif dan seolah-olah mengutamakan perebutan kuasa berbanding menghormati pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Di Lamag, kesedihan penduduk masih segar. Mereka melihat kenyataan tersebut sebagai “gelojoh”, “tidak menghormati keluarga arwah” dan keluar pada masa yang langsung tidak sesuai. Ramai menegaskan bahawa ketika keluarga dan masyarakat masih dalam kedukaan, isu siapa bertanding atau parti mana yang akan mengisi kekosongan itu sepatutnya ditangguhkan.
Nada sinis dan kecewa menguasai komen-komen warga Sabah. “Kubur pun belum kering” menjadi ungkapan paling kerap disebut, menggambarkan rasa kurang senang terhadap cara politikus Semenanjung mengurus sensitiviti setempat.
Bagi mereka, kenyataan sebegitu bukan sekadar tidak kena masa tetapi mencerminkan sikap gopoh, ghairah kuasa dan jauh daripada budaya masyarakat Sabah yang mementingkan adab serta hormat.
Ada yang menegur secara terus, mengingatkan Takiyuddin bahawa PN Sabah sendiri bukanlah blok kuat di negeri itu. Ada juga yang mengulas bahawa PN masih gagal mengurus isu dalaman sendiri, jauh sekali untuk berbicara soal mengambil alih kerusi yang secara tradisi dimenangi BN. Bahkan beberapa komen menegaskan bahawa apa pun keputusan, ia bukan hak PN atau mana-mana parti, tetapi hak pengundi Sabah sendiri.
Sebahagian besar rakyat Sabah merasakan kenyataan ini bukan sahaja menyinggung keluarga allahyarham, malah merendahkan etika politik. Sentimen anti-campur tangan Semenanjung turut muncul, mencerminkan jurang persepsi antara budaya politik dua kawasan tersebut.
Apa yang berlaku menunjukkan satu perkara penting: rakyat Sabah semakin peka, semakin lantang dan tidak lagi segan menegur mana-mana pemimpin termasuk daripada PN, yang gagal menunjukkan empati dan kepekaan budaya. Ketika negeri itu masih berkabung atas kehilangan seorang tokoh politik Sabah, apa yang mereka mahu lihat ialah hormat, bukan gelojoh mencari ruang politik.
Isyaratnya jelas dari warga Lamag adalah dalam suasana duka, sensitiviti mesti mengatasi strategi politik dan bagi rakyat Sabah, garis itu telah pun dilangkaui.
Lihat ini di sini:
“Nampak macam ‘gelojoh’ sangat, kubur arwah pun belum kering” itu antara kata-kata netizen di DUN Lamag, Sabah.
Antara komen lain, “Baru 2 hari ...dah cerita rebut tempat berkuasa” kata netizen yang dikenali sebagai Lee Sun Hwoo,
“Jangan gila kuasa dan jangan terburu-buru, hormati keadaan kesusahan keluarga yang ditinggalkan” - EB Mus Tanak Tabasan
“Tak pyh la letak biar BN menang sbg menghormati arwah bung moktar” - Prince Yem Bai
“Taki taki. Xtau la nak ckp apa. Kawan tu br meninggal. Kau klu menang pon br 2 kerusi. Xboleh buat apa. Bg masa la Taki. Xperlu kelam kabut sangat. Memang PN xkan kendali Malaysia ni. Selesaikan politik dalaman dl taki. Buat malu jer Taki oiiii” - Rahman Aziz
“Orang Malaya ni sebuk sgt hormatlah dgn keluarga arwah bung” - Sam Jupakkal
“X pandai menghormati keadaan org. org Sabah pun X cerita pasal mahu pilihan raya, org mesih dlm kesusahan

” - Rahmat Dasiman
“Bukan PN yang PUTUSKAN tapi kami Rakyat Sabah yg putuskan....suka sukanya” - Ali Ahaddudin
“gila kuasa pnpas ni baru jer dah sebuk prk.. rakyat sabah tolak pnpas.. kuat fitnah” - Arin Rin
“Gelojoh & gelabah” - Hashalmidi Abdul Hamid
Dan banyak lagi komen yang tidak menyokong apa yang Takiyuddin katakan.