Gelombang kritikan terhadap Kerajaan PAS kembali memuncak apabila netizen mula membandingkan dua keputusan kontroversi melibatkan pentadbiran parti itu di Kedah dan Terengganu.
Menurut sumber, di satu pihak, PAS Kedah disanjung kerana dikatakan telah meluluskan lima keping tanah kepada ‘kuil haram’ sebagai tapak kuil Hindu termasuk di Ladang Henrietta, Padang Serai, namun di pihak lain, PAS Terengganu dikecam kerana didakwa “menghalau” Felda berikutan isu pemilikan tanah?
Di Kedah, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan alasan bahawa kelulusan terhadap Pertubuhan Pengurusan Sri Muniswarar Alayam dibuat mengikut prosedur, mematuhi semua keperluan undang-undang serta selari dengan dasar negeri.
Namun naratif ini berlawanan sama sekali dengan kontroversi yang berlaku di Terengganu, apabila Kerajaan PAS negeri itu didakwa bertindak keras terhadap Felda.
Keadaan ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan netizen, bagaimana sebuah parti boleh memberi tanah percuma untuk lima tapak kuil haram di Kedah tetapi pada masa sama bertindak ‘merampas dan menhalau Felda’ kerana dikatakan Felda melanggari syarat menduduki tanah milik kerajaan negeri?
Perbandingan ini mencetuskan perbincangan hangat. Ramai melihat tindakan PAS Kedah sebagai langkah progresif dan inklusif, namun tidak dapat menafikan bahawa episod Felda di Terengganu menjejaskan persepsi umum terhadap konsistensi dan keutamaan parti tersebut.
Isu ini menjadi semakin sensitif apabila Felda secara sejarahnya merupakan lambang perjuangan Melayu luar bandar, justeru apa-apa tindakan yang dilihat menekan Felda seolah terkait dengan perasaan peneroka juga.
Dalam era politik moden, kepercayaan rakyat bukan hanya dibina melalui dasar yang baik tetapi melalui keseragaman prinsip di semua peringkat pentadbiran. Dua ‘keputusan’ ini menunjukkan jurang ketara dalam pendekatan PAS antara negeri, sekali gus menimbulkan persoalan besar tentang prinsip apa sebenarnya yang membimbing pentadbiran mereka?
Perbincangan di media sosial kini sarat dengan persoalan mengenai kejujuran politik, keutamaan sosial dan keadilan.
Apa kata Samsuri?