Majlis ‘Brainstorm’ PN Melaka: PAS Dipinggirkan

Melaka Digest
By -
0



Perikatan Nasional (PN) sekali lagi diuji dengan episod yang membuka pekung hubungan dalaman gabungan itu apabila Majlis Brainstorm PN Melakayang berlangsung malam tadi dilaporkan tidak menjemput wakil PAS, sebaliknya memberi ruang kepada Parti Gerakan. Insiden ini bukan sekadar isu jemputan tetapi mencerminkan krisis kepercayaan dan perebutan dominasi yang semakin ketara dalam PN.



Menurut Ketua Bahagian BERSATU Hang Tuah Jaya, Hezri Sardi, program tersebut disifatkan sebagai “syok sendiri”, malah beliau mengesahkan bahawa PAS langsung tidak dijemput ke majlis berkenaan. Kenyataan itu segera mencetuskan tanda tanya, apakah PAS kini sedang dipinggirkan secara terancang dalam PN Melaka?


Lebih mengejutkan, Ketua Bahagian BERSATU itu turut mengeluarkan kenyataan keras dan tidak beradab terhadap Parti Gerakan dengan menyelar kehadiran parti tersebut sebagai “Parti tak guna”. Kenyataan terbuka seumpama ini bukan sahaja mencerminkan ketegangan dalaman malah memperlihatkan kegagalan kepimpinan PN mengurus perbezaan secara matang dan berstrategi.

Apa yang berlaku di Melaka tidak boleh dilihat secara terpisah. Pergolakan di Perlis menjadi latar penting yang menjelaskan mengapa hubungan BERSATU–PAS kini berada pada tahap paling rapuh sejak PN dibentuk.

Pertukaran Menteri Besar Perlis dan perlantikan kepimpinan baharu sebelum ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan PAS yang mendakwa wujud campur tangan politik, pengkhianatan perjanjian awal dan permainan kuasa tertutup oleh rakan gabungan sendiri. Beberapa pimpinan PAS melihat langkah tersebut sebagai “tikam belakang”, satu frasa yang kini semakin kerap digunakan oleh tokoh-tokoh utama parti itu dalam kenyataan secara terbuka.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber rapat, PAS dilaporkan akan menilai semula semua bentuk hubungan dan kerjasama mereka dalam Perikatan Nasional. Beberapa pemimpin kanan PAS secara terbuka menyatakan bahawa parti itu tidak akan berdiam diri jika terus dikhianati, apatah lagi jika keputusan strategik dibuat secara unilateral tanpa rundingan.

Insiden di Melaka, digabungkan dengan krisis di Perlis, menampakkan satu realiti pahit iaitu PN sedang berdepan krisis identiti dan kepimpinan. Ramai juga penyokong PAS mengatakan bahawa Hadi Awang diberikan maklumat yang salah dan sukar untuk perbetulkan setelah ‘memecat’ tida ADUN PAS yang menarik sokongan terhadap Shukri sebelumnya.

“Hadi sudah tidak relevan..” ayat ini juga sedang menular.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)