Kerabat Raja Perlis Terlibat – Dr. Arman Ashaari

Melaka Digest
By -
0

Dr. Arman Ashaari menulis di laman facebook milik peribadi wajar diberi jawapan yang tegas, berprinsip dan bertanggungjawab kerana ia melibatkan satu dakwaan besar terhadap institusi yang dilindungi oleh Perlembagaan serta adab kenegaraan.


Tuduhan yang mengaitkan kerabat Raja Perlis, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail tanpa bukti yang jelas hanya akan merosakkan nama baik istana Perlis.



 
Masalah utama tulisan tersebut bukan pada keberanian bersuara tetapi pada kegagalan memikul tanggungjawab moral dan intelektual terhadap apa yang dituduhkan. Dalam mana-mana prinsip keadilan, tuduhan tanpa subjek yang jelas adalah satu bentuk pembunuhan karakter secara kolektif.

Pendirian Mufti Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAZA) adalah sangat jelas dan berprinsip. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa jika benar ada mana-mana individu dari istana yang terlibat dalam sebarang salah laku atau pelanggaran hukum, maka individu tersebut perlu didedahkan secara spesifik, bukan diselindungkan di sebalik istilah umum yang mencemarkan keseluruhan institusi. Pendekatan ini menolak budaya melindungi kesalahan, tetapi pada masa yang sama menolak fitnah dan tuduhan rambang.

Menerusi program audio siar bertajuk ‘Realiti Politik: Antara Agama dan Kuasa’ terbitan PromediaTajdid, Dr MAZA menyatakan dakwaan tanpa bukti adalah sesuatu yang menakutkan kerana boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi tertentu, malah beliau sendiri mendedahkan pernah bertanya perkara itu kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Beliau tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus, tetapi dakwaan sebegini boleh menimbulkan persepsi, misalnya menteri besar meletakkan jawatan kerana tekanan untuk meluluskan perkara tertentu tanpa mengikut peraturan.

“Siapa yang boleh menekan menteri besar? Ini boleh memberikan persepsi yang sangat negatif.

“Saya bukan hendak membela sesiapa, tetapi jika mahu menuding, mesti ada bukti. Ini sangat menakutkan dan kita tidak mahu ia pula digunakan atas nama agama,” katanya sambil menegaskan peranan sistem beraja yang telah lama diamalkan di Malaysia.

Kenyataan dibuat Dr MAZA ini susulan dakwaan dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung punca peletakan jawatan Adun Sanglang, Shukri Ramli sebagai menteri besar Perlis.

Kenyataan Mufti Perlis dan MAZA ini membuktikan bahawa institusi agama negeri tidak gentar kepada kebenaran tetapi sangat tegas terhadap fitnah. Prinsipnya mudah, kebenaran tidak memerlukan perlindungan retorik, sebaliknya fitnah sentiasa bergantung kepada kekaburan dan keberanian menuduh tanpa bukti.

Mengheret nama istana ke dalam polemik politik tanpa asas kukuh adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berpotensi menggugat kepercayaan awam terhadap institusi Raja Berperlembagaan. Ia juga mencerminkan kecenderungan berbahaya dalam politik semasa apabila naratif lebih diutamakan daripada fakta, dan persepsi dijadikan senjata untuk mencipta kemarahan rakyat.

Jika Dr. Arman Ashaari benar-benar memiliki maklumat yang sahih, langkah yang beretika dan bermaruah ialah menamakan individu yang terlibat, menjelaskan peranan mereka, serta menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa untuk siasatan terbuka. Jika tidak, maka hentikan permainan persepsi yang hanya menguntungkan fitnah dan merosakkan institusi. 
 
Rakyat hari ini semakin matang dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan tuduhan besar yang kosong isinya. Yang dituntut ialah keberanian untuk membuktikan, bukan kebebasan untuk menuduh. Dalam hal ini, pendirian Mufti Perlis dan MAZA wajar dijadikan garis pemisah yang jelas antara pendedahan berasas dan fitnah yang dibungkus dengan bahasa intelektual.
 
Pihak istana Perlis tidak boleh berdiam diri. 
 
Tulisan dari facebook milik Dr Arman Ashaari:
Kini saat yang ditunggu oleh pembaca facebook Dr.AA. Siapakah Mr.RS? Nama sebenar Mr.RS Adalah Syed Razlan Syed Putra Jamalullail. Dia Adalah Tengku Laksamana perlis dan merupakan adinda kepada Raja Perlis sekarang.
Tapi dia seorang yang aktif dalam politik. Dia pernah sertai UMNO dari tahun 1969 hingga 2018. Kemudian dia sertai parti BERSATU sehingga kini. Ya dia adalah ahli parti Bersatu.
Dia pernah menjadi Ahli Parlimen Arau, pernah jadi Adun Pauh.
Maknanya dia memang terlibat sepenuhnya dengan politik.
Dalam masa yang sama, dia banyak memerah Khazanah dan hasil bumi negeri melalui hubungan politik.
Kerana dia adalah kerabat dan ahli parti BERSATU, dia bebas bertemu kepimpinan Kerajaan negeri.
Cikgu Shukri dah cuba sedaya upaya untuk menolak permintaan dia untuk kaut segala projek. Ada diantara projek atau permintaan dia yang akan merugikan rakyat dan negeri. Seperti yang Dr.AA sebutkan dalam penulisan sebelum ni.
Sekarang ni baru kita nampak jelas. Kenapa Bersatu sangat liat untuk ambil tindakan tegas terhadap 5 Adun mereka?
(1) Bersatu terlibat sama.
(2) Adun mereka adalah kepala pemberontak SD
(3) Mereka dijanjikan jawatan Menteri Besar Perlis.
Sekarang kita jelas Mr.RS sasarannya adalah Khazanah dan hasil bumi negeri. Adun BERSATU Perlis sasarannya adalah habuan politik. Adun PAS sasarannya adalah dendam dalaman terhadap MB Perlis.
Tanpa sedar dan dengan naif menjadi bidak catur politik Mr.RS dan BERSATU.
Dr.AA nak kata satu je kepada tiga orang Adun PAS Perlis. Hangpa memang naif dan bodoh!
Bila DrAA tulis pasal Syed Razlan, jangan ada yang kata DrAA anti istana. DrAA sangat menghormati Raja Perlis dan Raja Muda Perlis.
Raja Muda Perlis antara yang sangat baik akhlaknya dan selalu mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat Perlis. Dia juga sangat menghormati PAS dan Cikgu Shukri sebagai Menteri Besar.
Malah tindakan Syed Razlan cuba nak bolot projek dan khazanah negeri Perlis adalah tindakan yang mencemarkan institusi di Raja Perlis yang dihormati dan disayangi oleh rakyat.
Dr. Arman Ashaari (DrAA)
 
 
Ini pula dari siber truper:

 
 
 
 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)