Krisis pertukaran Menteri Besar Perlis akhirnya membuka satu tabir yang lebih besar daripada sekadar pertukaran jawatan. Ia mendedahkan sikap sebenar sebahagian pemimpin tertinggi PAS yang selama ini lantang berbicara tentang kesabaran, reda dan qada serta qadar, namun kelihatan goyah apabila realiti politik tidak memihak kepada kehendak dan selera kuasa mereka.
Berceramah tentang takdir memang mudah. Mengajar umat supaya reda dengan ketentuan Tuhan juga tidak sukar. Namun apabila keputusan politik tidak selari dengan perancangan sendiri, rentetan reaksi yang muncul memperlihatkan sesuatu yang berbeza.
Pantun, bidalan, sindiran dan kiasan mula bertebaran bukan lagi sebagai nasihat tetapi seolah-olah luahan rasa kecewa, malah berbaur dendam. Nada yang sepatutnya mendidik berubah menjadi retorik yang mempertahankan ego politik.
Lebih membimbangkan, reaksi ini tidak terhenti di peringkat pimpinan. Di peringkat akar umbi dan penyokong, serangan mula disusun secara terarah. Kepimpinan BERSATU, termasuk Muhyiddin Yassin turut menjadi sasaran. Paling serius, institusi Istana Perlis turut diseret ke dalam gelanggang politik, satu garis sempadan yang sepatutnya tidak disentuh oleh mana-mana parti yang mendakwa menjunjung adab, akhlak dan tradisi Islam.
Mengapa reaksi ini begitu agresif? Apakah benar krisis ini sekadar soal seorang Menteri Besar yang digugurkan atau sebenarnya wujud sesuatu yang jauh lebih besar sedang cuba ditutup? Dalam politik, serangan bertubi-tubi sering kali menjadi isyarat bahawa ada “bangkai gajah” yang sedang cuba disembunyikan. Bau busuknya bukan sahaja dapat dihidu oleh pemain politik tertentu, malah dikatakan sudah memasuki radar pihak berkuasa.
Naratif yang cuba dibina kononnya segala-galanya berpunca daripada seorang kerabat Istana Perlis semakin sukar dipertahankan. Adakah punca sebenar krisis ini berkait dengan projek, kepentingan dan rangkaian kuasa lama termasuk kemungkinan melibatkan bekas pemimpin utama PAS di Perlis sendiri? Jika benar tiada apa yang disembunyikan, mengapa reaksi yang ditunjukkan begitu luar biasa?