PAS Sokong Kempen Chegu Bard Serang Muhyiddin?

Melaka Digest
By -
0

 


Siri kempen jalan kaki Chegu Bard mencuri perhatian politik nasional apabila PAS melalui HarakahDaily dilihat secara aktif menyiarkan pendedahan beliau terhadap kepimpinan BERSATU. 
 
Kempen Chegu Bard dengan berjalan kaki dari Melaka ke Johor Bahru ini bukan sekadar simbolik tetapi usaha sistematik untuk membongkar retak dalaman parti dan menyoal integriti pemimpin tertinggi BERSATU khususnya Muhyiddin, Presiden parti sendiri.

Liputan penuh dan dibuat secara langsung oleh HarakahDaily menimbulkan persoalan sama ada PAS melihat krisis dalaman BERSATU sebagai peluang strategik untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam lanskap politik semasa?

Sokongan media parti itu, walaupun tidak diumumkan secara rasmi, memberi isyarat bahawa konflik dalaman BERSATU kini berada dalam radar politik yang lebih luas.


Antara pendedahan yang akan dibawa Chegu Bard sepanjang siri kempen ini amat serius dan berpotensi menggugat kredibiliti pimpinan Muhyiddin adalah: 
 
Muhyiddin Kekal Presiden Demi Melindungi Menantu: Pendedahan awal ini menimbulkan persoalan serius mengenai kejujuran dan integriti kepimpinan tertinggi parti.
 
Dana Haram Dari Kongsi Gelap: BERSATU didakwa menerima dana haram yang boleh mencemarkan imej parti. Pendedahan utama dijadualkan di Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka.
 
Penyelewengan Jutaan Ringgit Dalam K-KOM: Skandal kewangan yang berpotensi merugikan rakyat akan dibongkar di Masjid Ar-Rahim Merlimau.
 
Lantikan Strategik Untuk Mensabotaj PN: Strategi dalaman yang didakwa menghalang kemenangan Perikatan Nasional dalam pilihan raya bakal didedahkan.
 
Pimpinan Terlibat Penyelewengan Dana NGO PMO: Skandal besar melibatkan pejabat tertinggi negara akan dipaparkan di pekan Parit Sulong, Johor.
 
Dana PRN Sabah 2020 RM100 Juta Dari SPANCO: Pendedahan kontroversi dana politik ini menjadi kemuncak siri kempen di Surau Parit Andin, Johor.

Chegu Bard menegaskan bahawa setiap pendedahan disertai bukti kukuh, menjadikan kempen jalan kaki ini bukan sekadar simbolik tetapi satu usaha serius untuk menuntut kembali maruah politik BERSATU dan memaklumkan rakyat tentang penyelewengan dalam partinya.

Pendedahan ini dijangka menimbulkan tekanan besar terhadap kepimpinan BERSATU, sekali gus membuka perbincangan lebih meluas mengenai integriti, akauntabiliti dan masa depan politik parti tersebut.

Sokongan tidak langsung PAS melalui media parti menambah dimensi baru dalam politik gabungan tersebut seolah-olah PAS ingin melihat BERSATU hancur?


 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)