Individu Ketagih Judi Online Dijadikan “Saksi” Konspirasi Jatuhkan Ketua Menteri Melaka?

Melaka Digest
By -
0
hiasan

Seminggu kebelakangan ini, ruang media sosial dan perbualan politik di Melaka dikejutkan dengan satu naratif sensasi kononnya Ketua Menteri Melaka membelanjakan sejumlah wang besar untuk menjatuhkan seorang individu yang juga datang daripada parti yang sama.


Namun, bagi warga politik setempat khususnya di Tangga Batu, dakwaan ini bukan sahaja janggal, malah dilihat sebagai cubaan terancang untuk memesongkan fakta dan membina persepsi palsu.

Menurut sumber dalaman parti, individu yang kononnya “dianiaya” itu sebenarnya tewas dalam pertandingan jawatan dalaman parti kepada calon lain, bukan Ketua Menteri Melaka. Lebih menghairankan, Ketua Menteri Melaka langsung tidak bertanding di bahagian yang sama, apatah lagi terlibat dalam perebutan jawatan tersebut.

Sumber turut mendedahkan bahawa kekalahan individu terbabit berpunca daripada masalah yang dibawa bersama dirinya sendiri, termasuk isu rasuah yang masih membelenggu reputasi peribadinya. Isu-isu ini telah mencemarkan nama baik parti dan menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli akar umbi.

Dalam konteks ini, ahli parti membuat pilihan berdasarkan rekod, integriti dan keperluan menjaga maruah parti bukannya kerana arahan atau konspirasi pihak luar.

Namun, selepas gagal mempertahankan kedudukan, individu tersebut didakwa memilih jalan mudah iaitu dengan menyerang dan memfitnah Ketua Menteri Melaka dengan tujuan mengalihkan fokus daripada kelemahan dan masalah dirinya sendiri.

Apabila naratif itu tidak mendapat sambutan, muncul pula watak-watak tertentu yang digerakkan untuk “menyalak” setiap hari di media sosial. Mereka tidak membawa fakta, tidak menyemak kebenaran dan tidak peduli implikasi asalkan naratif kononnya Ketua Menteri Melaka menganiaya individu tersebut terus diulang. Mungkin ada dana tertentu untuk pasukan ‘broker politik’ ini?

Lebih mengejutkan, salah seorang yang dijadikan “saksi” dan penggerak utama serangan ini dikenali sebagai individu yang ketagih judi online.

Malah saksi ini yang pada awalnya disembunyikan sewaktu beberapa sidang akhbar tahun lepas, telah menjadi bahan jenaka oleh orang Melaka selepas membuat pengakuan. Ini kerana rupanya ramai masyarakat setempat amat mengenali individu ini sebagai pengemis politik sehingga yang melakukan apa sahaja demi wang.

Menurut sumber, RM100 boleh lesap dalam masa tidak sampai dua saat bagi individu dalam kategori “tahap gila judi”. Maka tidak hairanlah, asal ada upah, apa sahaja cerita boleh dicanang, benar atau palsu tidak lagi penting.

Apa yang sedang berlaku ini bukan perjuangan kebenaran, sebaliknya politik dendam dan putus asa. Apabila kalah secara sah, fakta diputar, apabila imej tercalar maka orang lain dijadikan kambing hitam, apabila kredibiliti sendiri musnah, “saksi” yang bermasalah pula diangkat sebagai hero.

Hakikatnya, Ketua Menteri Melaka sedang dipaksa menanggung serangan yang tidak berpijak pada realiti semata-mata kerana ada pihak enggan menerima hakikat bahawa ahli parti telah membuat keputusan menolak kepimpinan bermasalah dan beliau bukan saja di tolak ahli parti, malah ditolak pengundi setempat dan kini tidak diterima mahupun dibela oleh kepimpinan dalam parti barunya.

Jika politik terus digerakkan dengan cara menggunakan fitnah, individu tidak berintegriti dan naratif palsu, percayalah bahawa suatu ketika nanti kebenaran akan terbongkar jua pada akhirnya.

“Punyalah terdesak sehingga menawarkan diri untuk ditangkap oleh SPRM tanpa membawa apa-apa bukti walaupun sekeping duit RM1.00” kata sumber lagi.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)