Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan keputusan tidak rasmi bagi dua pilihan raya kecil (PRK) di Sabah, dengan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag masing-masing kekal milik Barisan Nasional (BN).
"Keputusan tidak rasmi setelah dikira semua saluran (menyaksikan) BN menang di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214, (manakala) DUN Lamag menang majoriti 5,681," katanya melalui status dimuat naik di Facebook.
Setakat jam 8 malam, semakin banyak peti undi dari saluran pusat mengundi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.