Rakaman Audio: Ali Pasir, Chegu Bard Menipu?

Melaka Digest
By -
0

Isu rakaman audio yang dikaitkan dengan dakwaan pakatan jahat dan sogokan melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, kembali cuba dihangatkan apabila muncul kononnya laporan forensik daripada sebuah badan profesional antarabangsa yang diterima oleh Ali Pasir.


Persoalannya kini bukan lagi sekadar soal rakaman itu tulen atau palsu tetapi mengapa wujud percanggahan naratif yang mengelirukan orang awam.

Terdapat pihak tertentu, termasuk individu politik seperti Ali Pasir dan Chegu Bard yang dilihat terus mempertikaikan kesahihan rakaman tersebut dengan mendakwa laporan forensik agensi dalam negara adalah tidak relevan.

Jika Polis Diraja Malaysia mempunyai kepakaran forensik sendiri, mengapa hasil siasatan awal polis pula dipersoalkan seolah pihak kerajaan tidak mempunyai integriti?

Malah laporan awal yang dikaitkan dengan siasatan pihak polis sebelum ini dikatakan menyimpulkan rakaman tersebut adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (A.I). Adakah kerana tidak kena dengan ‘selera tekak’ Ali Pasir dan Chegu Bard maka gambaran yang salah mula disebarkan untuk mencipta persepsi seolah pakar forensik di dalam agensi keselamatan negara tidakboleh dipercayai?

Adakah syarikat luar yang bertaraf swasta dan tidak ternama yang menjalankan forensik boleh dipercayai sepenuhnya?

Mwlihat pada gambar di dalam akaun facebook milik Ali Pasir, kenapa serahan dokumen yang dianggap laporan forensik dari luar negara itu berlaku di KLIA dan bukannya di pejabat Ali Pasir? Dari UK mereka datang, dari syarikat luar negara, lojikkah serahan dokumen yang penting seperti pekerja 'grab' menghantar bungkusan mee goreng mamak sahaja.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)