NO HOLDS BARRED: MUHYIDDIN EXIT - Marzuki Mohamad
Tan Sri Muhyiddin secara konsisten diserang dari dalam dan luar parti.
Tujuannya satu – Muhyiddin Exit.
Tujuannya satu – Muhyiddin Exit.
Di dalam parti, Timbalan Presiden yang tugasnya menurut perlembagaan parti adalah membantu Presiden, setiap hari menggunakan tangan-tangan kotor menyerang Presiden.
Ini rahsia umum.
Serangan demi serangan sedang rancak dilancarkan dari dalam parti rakan juga.
Perkataan “berambus”, “your time is finished” sudah keluar dari mulut pemimpin PAS tanpa selindung.
"Kawan makan kawan” adalah sindiran kasar pemimpin PAS terhadap Muhyiddin.
Walaupun masalah di Perlis puncanya kerana bergaduh sesama PAS, tetapi Muhyiddin yang terkena getah.
Muhyiddin manusia biasa. Bukan malaikat. Bukan juga ulama’ yang boleh melindungi kelemahannya di sebalik jubah dan serban yang besar.
Diminta berambus, beliau berambus.
Tetapi adakah masanya telah tamat? Belum lagi.
Kalau tidak masakan seorang Naib Presiden PAS sanggup mengejar Muhyiddin hingga ke London untuk mendapatkan “endorsement” Muhyiddin supaya dia dinamakan sebagai Pengerusi PN.
Nasib baik Muhyiddin kata tunggu dia balik ke KL sajalah. Kalau tidak rugi beli tiket kapal terbang balik tangan kosong.
Tiada angin tiada ribut, Mursyidul Am PAS berkunjung ke rumah Muhyiddin. Apa yang dibincang saya tidak tahu. Katanya ia ada kaitan dengan pergaduhan besar yang sedang berlaku di dalam PAS.
Selepas itu Haji Hadi dan rombongannya pula berkunjung ke rumah Muhyiddin. Bukan Muhyiddin yang jemput, tetapi Setiausaha Agung PAS yang minta.
Bincang secara harmoni, buat keputusan secara harmoni, tetapi hasilnya tidak harmoni.
Sekarang berbalah lagi.
Sekali lagi Muhyiddin dipersalahkan oleh PAS. Kemudian disambut pula dengan desakan dari dalam BERSATU supaya Muhyiddin meletakkan jawatan Presiden BERSATU.
Muhyiddin has come a full circle. Dia pun manusia biasa. Bukan malaikat yang suci. Bukan ulama’ yang dipuja.
Ramai yang sedang menunggu untuk bertepuk tangan menyaksikan projek "Muhyiddin exit" berjaya.
Bagi PAS, masalah PN akan selesai apabila Muhyiddin berundur. PAS lantiklah orangnya sebagai Pengerusi PN.
Tidak perlu lagi pinda perlembagaan PN.
Cadangan mewujudkan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif seperti yang terkandung di dalam surat Haji Hadi kepada Muhyiddin pada bulan Disember 2024 hanyalah bertujuan untuk mengekang kuasa Muhyiddin sebagai Pengerusi PN, bukan untuk memperkasakan PN.
Apabila Muhyiddin berundur, kedua-dua majlis ini menjadi akademik, useless.
Di mana kedudukan Hamzah Zainuddin?
Kalau dia bernasib baik, Muhyiddin exit bermaksud jawatan Presiden BERSATU juga jatuh ke tangan Hamzah.
Tetapi adakah beliau akan dicalonkan oleh PN untuk menjadi Perdana Menteri dalam PRU-16?
Melihat keterujaan PAS untuk memimpin PN, jawapannya terlalu tipis.
PAS ada empat lori calon PM.
But make no mistake brother. Hamzah tidak berhasrat menjadi calon PM yang bertanding dalam pilihanraya.
Dia tahu kedudukannya di mana. Dengan popularitinya hanya 17%, bertanding sebagai calon PM will be a run on his money.
Hamzah hanya mahu menjadi Presiden BERSATU.
Sebagai Presiden BERSATU, Hamzah ada nilai yang amat tinggi di mata UMNO.
Selaras dengan seruan Presiden UMNO supaya ahli-ahli UMNO yang meninggalkan parti itu kembali semula ke UMNO demi perpaduan Melayu, Hamzah akan bubarkan BERSATU dan semua ahlinya diserap menjadi ahli UMNO.
Akhirnya, UMNO berjaya “consolidate” partinya dan meneruskan kerjasamanya dengan PH, GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan selepas PRU 16.
BERSATU berkubur dan Hamzah will kiss a good bye to PAS.
PAS akan kalah besar dalam PRU-16.
PAS akhirnya terpaksa berfikir dan menimbang – if we cannot beat them, we might as well join them.
Saya bukan bomoh yang boleh meramal. Tetapi bagi saya kesan Muhyiddin exit ialah Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU 16.
Kalau saya boleh menasihati Tan Sri Muhyiddin, exitlah.
Tiada guna memimpin sekelompok manusia yang tidak tahu menilai kepimpinan anda.
Malah mereka menganggap anda adalah liabiliti terbesar mereka.
Just wish them a very good luck.


