16 Ahli Parlimen Sokong Hamzah Jadi Pemangku Presiden Bersatu

Melaka Digest
By -
0

16 Ahli Parlimen menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Ketua Whip Dewan Rakyat BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, supaya Presiden parti, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan dengan segera.
 
Menurut kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, beliau menekankan meski jasa dan sumbangan Muhyiddin diiktiraf, kepimpinannya kini dianggap gagal menyatukan dan membawa BERSATU ke arah kejayaan dalam pilihan raya akan datang.
 
"Kami yakin bahawa YB Hamzah Zainudin mampu menjadi Pemangku Presiden yang baik, mengembalikan agenda BERSATU kepada perjuangan agenda rakyat dan negara, serta menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan," menurut kenyataan.
 
Langkah itu hadir susulan ketegangan dalaman BERSATU yang dilaporkan berpunca daripada gesaan beberapa pemimpin kanan untuk Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai presiden parti.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)