Melihat kepada keghairahan tanpa sebab munasabah akhir-akhir ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) pula menjadi sasaran kelompok tertentu.
Serangan terarah kepada Naib Cancelor dan segala yang dikemukakan kononnya sebagai bukti adalah tidak masuk akal dan berbaur fitnah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka kini terus mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023 hingga 2025 dengan penyerlahan prestasi bagi kelima-lima teras strategik Pelan Strategik UTeM 2023-2025.
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, ini adalah pencapaian yang membanggakan apabila kesemua sasaran bagi lima teras strategik dicapai sepenuhnya.
Jelasnya, 5 teras strategik berkenaan merangkumi Memperkasa TVET Meluncur Kerjaya, Mempromosi TVET Menjana Pendapatan, Menjuarai Khidmat Insani Mengundang Kesejahteraan, Mencetuskan Ekosistem Rancak Melestarikan Universiti dan Mengembangkan Nilai Menggamit Kemakmuran.
Ujarnya, pencapaian unggul prestasi cemerlang bagi kelima teras strategik UTeM ini ternyata berjaya melonjakkan jenama UTeM antaranya berjaya dinobatkan sebagai Universiti Awam Terbaik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
“Pada masa yang sama UTeM turut berjaya mencapai peningkatan enrolmen pelajar pada tahap luar biasa yang mana tahun 2023 seramai 13,749 pelajar melonjak kepada 19,123 pelajar tahun 2024 dan 21,261 pelajar tahun 2025.
“Di samping itu UTeM turut mencipta nama sebagai universiti yang telah tersenarai dalam kalangan universiti terbaik dunia menerusi penarafan dalam QS Worls University Rankings, Times Higher Education (THE) World University Rankings QS World University Rankings (Sustainability) serta UI Green Metric World University Rankings.
Ini belum lagi Inisiatif sokongan pendidikan pula terdiri daripada pengurangan yuran pengajian sebanyak 30 peratus kepada anak-anak staf, pemberian one-off RM500 untuk anak-anak staf yang melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan laluan khas untuk anak-anak staf belajar di UTeM.
Selain itu untuk kebajikan dan mobility staf pula peningkatan had Skim Pembiayaan Kenderaan (Motosikal) daripada RM10,000 kepada RM25, 000.
Jadi kenapa UTeM di ‘serang’? Adakah wujud unsur ‘diupah’ untuk membuat kacau ganggu dengan ‘bukti’ yang sengaja diadakan atau cuba memberi Gambaran yang salah dengan memanipulasikan fakta?
Dengar penjelasan Dr Marssila dan beliau ada menyebut soal cara tender dan sebut harga dilaksanakan di UTeM, ada yang tidak dapat ‘mencari’ makan dengan mudah sejak keberadaan Dr Massila di situ?:
