Ahli Parlimen PAS Tangga Batu Wajar Memahami Perbandingan Pusat Data Google vs Pusat Data AI Melaka

Melaka Digest
By -
0

Perbandingan antara pelaburan Pusat Data Google di Selangor dan Pusat Data AI Melaka wajar dilakukan secara objektif, berasaskan struktur ekonomi digital moden dan bukan melalui retorik politik yang cetek dan bersifat menakut-nakutkan rakyat.


Pengumuman oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bahawa pusat data sulung Google di Taman Perniagaan Elmina dijangka menjana AS$3.2 bilion (RM12.43 bilion) serta 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030 sepatutnya dijadikan penanda aras oleh semua pihak. Namun, apa yang gagal difahami ialah angka tersebut tidak berdiri sendiri tetapi ia adalah hasil kesan gandaan (multiplier effect) dalam tempoh panjang, merangkumi rantaian bekalan, sokongan industri, perkhidmatan profesional dan pemindahan teknologi.

Hakikat yang sama, malah lebih strategik dari sudut negeri, sedang berlaku di Melaka.

Pelaburan AI Melaka: Bukan Kecil, Bukan Kosmetik

Melaka bakal menerima pelaburan melebihi RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) di Jasin dengan kapasiti hampir 100MW, diterajui oleh Victoria Data Centre dari Hong Kong. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengesahkan projek ini akan dimasukkan dalam kuota pelaburan negeri 2025 dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, projek mega ini melibatkan pembinaan tiga bangunan pusat data berkapasiti 96MW, sekali gus meletakkan Melaka sebagai destinasi infrastruktur digital berteknologi tinggi yang kompetitif di rantau ini. Ini bukan sekadar pelaburan hartanah atau utiliti tetapi lonjakan struktur ekonomi negeri ke arah Industri 4.0 dan ekonomi AI. 

Kenyataan YB Bakri Jamaluddin jelas mencerminkan kegagalan memahami bagaimana ekonomi digital berfungsi. Sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, beliau sepatutnya mengemukakan analisis berasaskan data, bukan andaian bersifat spekulatif demi meraih batuan politik.

Dakwaan bahawa pusat data AI hanya menjadikan Melaka sebagai penyedia tanah, air dan elektrik adalah gambaran simplistik. Jika logik ini diguna pakai, maka keseluruhan sejarah FDI Malaysia daripada elektronik, automotif hingga tenaga wajar ditolak kerana harta intelek dimiliki syarikat luar. Namun realitinya, FDI terbukti membawa pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan dan pekerjaan bernilai tinggi.

Adakah YB PAS mahu Melaka melangkah ke hadapan sebagai pemain ekonomi digital atau terus terperangkap dalam ekonomi lama berintensif buruh dan nilai rendah. Menolak pelaburan strategik atas alasan dangkal bukanlah sikap berhati-hati tetapi ia tanda ketakutan terhadap perubahan.

Jika diamati, skala pelaburan Pusat Data Google yang bernilai AS$2 bilion (RM7.06 bilion) mampu menjana AS$3.2 bilion (RM12.43 bilion) serta 26,500 peluang pekerjaan, apa yang Melaka akan dapat dengan jumlah pelaburan RM9 bilion? Perbezaannya adalah “A.I” sahaja dan konteks mekanisma hasil produknya hampir sama.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)