Buka Pejabat 'Hakim' Lebih Baik Dari Buka Dari Pejabat Aduan Rasuah

Melaka Digest
By -
0
ilustrasi AI

Hari ini kecoh bukan sahaja di pasar pagi tetapi hampir di warung-warung sarapan pagi di sekitar Tanjung Bidara berhubung hasrat Mohamed Ali atau lebih di kenalai sebagai Ali Pasir untuk membuka satu pejabat aduan bagi sesiapa yang ada maklumat tentang rasuah.


Nama pejabat berkenaan adalah Pusat Aduan Rasuah dan Intergriti Melaka dan tidak dimaklumkan bila akan mula beroperasi. Ada yang membuat telahan bahawa pejabat tersebut akan dibuka sebelum pilihanraya negeri Melaka dan bakal menjadi bilik gerakan Ali Pasir dan kawan-kawan beliau yang bakal menjadi penceramah impot.

“Ali Pasir mungkin nak kita pergi ke pejabat tersebut dahulu dan buat laporang kemudia dia akan bawa kes kita ke SPRM Melaka..”, kata individu yang ingin dikenali sebagai Mansur.

“Di pejabat tersebut Ali Pasir akan bertindak sebagai apa saya tidak pasti tetapi mungkin akan bertanya dengan lagak pegawai penyiasat SPRM tentang kes yang kita bawa dan kemudiannya mungkin akan bawa ke pentas ceramah dahulu dan barulah bawa ke pejabat SPRM?” katanya lagi.

Ada juga yang berseloroh, “baik dia buka pejabat seperti mahkamah dan beliau lantik sendiri siapa yang akan jadi hakim untuk bicarakan kes beliau, kes Chegu Bard kena bayar saman fitnah dan kes Albert Tei yang terkenal memberi rasuah kepada banyak orang..”

Kadang kala, satira rakyat di waktu pagi adalah satu perkara yang masuk akal.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)