Malam tadi ceramah politik kumpulan pembangkang berlangsung di Pengkalan Balak, Melaka dengan menghimpunkan barisan penceramah yang begitu ramai termasuklah Albert Tei yang terkenal dengan siri pendedahan bagaimana beliau memberi rasuah kepada beberapa pemimpin politik di Sabah.
Malah video pendedahan bagaimam beliau memberi rasuah lebih RM176,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri bagi mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah berakhir dengan beliau di dakwa di mahkamah.
Jadi, apa manfaat yang boleh dibawa balik ke rumah apabila mendengar ceramah dari pemberi rasuah? Bagaimana perasaan kita apbila melihat video yang terang-terang dia mengaku memberi rasuah tetapi apabila di mahkamah beliau mengaku tidak bersalah?
Tambah menari, barisan penceramah ada cerita mereka tersendiri, cerita tentang kegagalan dan apa yang mereka lakukan di Melaka selama ini.
Mas Ermieyatie juga hadir dan semua tahu bahawa beliau terkenal dengan ‘menenggek’ dan menumpang isu untuk popularkan diri. Apa yang beliau buat ketika menjadi Timbalan Menteri di kerajaan pusat dahulu?
Apa yang dia bawa balik ke kawasannya sendiri dan ke Melaka amnya? Jawabnya mudah, tiada. Beliau menjadi bualan masyarakat kerana semakin hilang pengaruh dan terpaksa bergantung kepada orang luar untuk bercakap bagi pihaknya. Program yang dijalankan hanya sekadar untuk berswafoto, lakonan kononnya telah bertemu dan membantu rakyat.
Ali Pasir juga berceramah, nama sebenar adalah Mohd Ali, bekas Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu dan juga bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, beliau sedang bergelut dengan kesnya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. Ali didakwa atas 20 pertuduhan rasuah melibatkan penerimaan wang tunai kira-kira RM235,000 serta tiga buah kereta mewah sebagai suapan yang didakwa sebagai balasan bagi membantu melancarkan urusan projek. Bolehkah anda hadam isi ceramahnya tentang kononnya dia adalah pejuang anti rasuah?
ADUN PAS, Jailani Khamis pula masih dibelenggu rungutan rakyat di kawasannya sendiri. Khabarnya lebih 400 aduan diterima tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya. Namun beliau tetap ada masa untuk berceramah. Ironinya, urusan rakyat belum selesai, pentas ceramah politik pula jadi keutamaan.
Chegu Bard pula baru sahaja diarahkan mahkamah membayar RM550,000 ganti rugi kerana memfitnah seorang ahli perniagaan, selain berdepan beberapa laporan polis termasuk daripada bekas Panglima Tentera Darat. Maka timbul soalan sinis yang berlegar di media sosial: adakah beliau datang untuk membersihkan nama atau sekadar menambah episod sensasi baharu?
Terkini, ada pula "whistleblower" yang mula mendedahkan bahawa Chegu Bard dibayar untuk membuat pendedahan oleh kartel baharu yang selama ini gagal dalam tender yang mereka sertai? BACA di SINI. Sepatutnya Chegu Bard membuat laporan polis terhadap pembawa berita ini seperti yang beliau sentiasa lakukan apabila beliau mendesak orang lain membuat laporan polis bagi membersihkan diri dari tuduhan.
Rumusannya, YB DUN Tanjung Bidara ada lebih 100 perubahan di Masjid tanah dan gerombolan pelbagai watak bermasalah yang turun berceramah malam tadi buat apa untuk rakyat tempatan selama ini?
Anda kenal siapa wakil rakyat DUN Tanjung Bidara? Siapa lagiii, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh lerrr, dia juga Ketua Menteri Melaka.
