EXCO Terengganu Didakwa: Bagaimana Nasib Anak Hanafiah

Melaka Digest
By -
0

Melihat kepada punca Haji Hanafiah yang di dakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, ramai tertanya, apakah nasib kedua anaknya yang dikatakan bekerja di anak syarikat kerajaan negri Terengganu melalui ‘jalan salah’ atau pun ‘kabel bapak’?


Dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan membabitkan dua anaknya.

Tertuduh yang juga Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Azman Mustafa.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh sebagai pegawai badan awam iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) telah menggunakan kedudukan untuk suapan bagi anaknya Mohd Najmi Hanafiah dan Ahmad Kamil Hanafiah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat EPIC Berhad, Tingkat 2, Bangunan Annexxe, Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, pada 15 Ogos 2018 dan 18 Jun 2020.

Adakah kedua anaknya akan diberhentikan segera atau menunggu keputusan mahakamah atau jika Hanafiah didapati bersalah maka mereka berdua akan terus bekerja di situ?

Jika dilihat dan dicongak dengan teliti, berapa agaknya wang rakyat mengalir untuk membayar gaji mereka selama jangkamasa tersebut?

Berapa gaji keduanya? Dan jawatan apa?

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)