Hamzah: Ambil Alih BERJASA, Kembali Kepada UMNO Atau Sertai PAS

Melaka Digest
By -
0

Bekas Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin, tidak menolak tiga kemungkinan hala tuju beliau selepas dipecat keahlian parti itu, semalam.

Tiga kemungkinan dipertimbangkannya itu ialah mengambil alih parti BERJASA, kembali menganggotai UMNO atau menyertai PAS.

Ahli Parlimen Larut itu bagaimanapun menjelaskan bahawa sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan akan diputuskan secara konsensus bersama pemimpin lain yang turut dipecat BERSATU.

Namun buat masa ini, beliau yang juga Ketua Pembangkang mengaku selesa memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Bebas sehingga kedudukan itu diputuskan sebaliknya kelak jika berlaku.

"Saya akan ada 'rumah baharu'. Rumah baharu ini merujuk kepada rumah bangsa... ia boleh menjadi parti baharu atau lama tetapi yang penting, rumah baharu.

"Begitu juga dengan dakwaan bahawa saya akan mengambil alih BERJASA.

"Mungkin betul atau tidak tetapi segala-galanya akan dipertimbangkan kerana ini adalah antara pilihan yang ada," katanya kepada pemberita pada Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah, di sini, petang ini.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)