Langkah Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka yang juga Ketua Bahagian BERSATU Alor Gajah, Rahim Tamby Chik bersama beberapa pemimpin kanan Bersatu negeri menyatakan sokongan terbuka agar pucuk pimpinan parti diganti kepada Timbalan Presiden, Hamzah Zainuddin, kini mencetuskan tanda tanya besar, adakah Rahim Tamby Chik dan sekutunya sedang menghampiri nasib politik yang sama seperti Hamzah?
Kenyataan bersama oleh Rahim Tamby Chik dan Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Melaka mendesak agar Presiden parti, Muhyiddin Yassin, digantikan atas alasan kegagalan menangani kemelut dalaman parti, krisis kepimpinan di Perlis serta ketegangan hubungan dengan PAS dalam Perikatan Nasional nampaknya bakal memakan diri sendiri kerana Hamzah telah pun dipecat berkuatkuasa hari ini, BACA di SINI.
Kenyataan bersama itu melibatkan:
1. Tan Sri Rahim Tamby Chik (Ketua BPN Bersatu Melaka / Ketua Bahagian Alor Gajah)
2. Mohd Yadzil Yaakub (Ketua Bahagian Jasin)
3. Ramlan Meon (Ketua Bahagian Tangga Batu)
Jeffri Ibrahim (Pemangku Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya)
Kesemua mereka kini berdepan risiko sama ada berundur secara terhormat atau berdepan tindakan disiplin yang boleh menamatkan pengaruh mereka dalam parti.
Yang pasti selamat adalah Mas Ermieyati.