Senarai 17 Pemimpin BERSATU dipecat Hari Ini

Melaka Digest
By -
0

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Mohd Radzi Manan, kepada Presiden parti, Muhyiddin Yasin, menerusi satu notis bertajuk 'Makluman Keputusan Lembaga Disiplin Terhadap Laporan Pelanggaran Perlembagaan' yang bertarikh hari ini.


Notis itu memaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah menerima aduan bertulis daripada ahli BERSATU terhadap responden terbabit berhubung pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan ahli parti.

"Sehubungan itu, Lembaga Disiplin telah melaksanakan tugas-tugasnya bawah Tatacara Pengurusan Kes Disiplin BERSATU pada 12 Februari 2026 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU.

"Mana-mana ahli BERSATU yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman, berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini," menurut notis itu.

Senarai penuh yang dikongsikan Lembaga Disiplin parti itu membabitkan pemecatan Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut, selain tiga lagi Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Tiga Ahli Parlimen lain yang turut dipecat daripada BERSATU itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Zainol Fadzi Paharudin, dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Seterusnya, sembilan Ketua Bahagian BERSATU turut dipecat, setakat ini.

Mereka ialah Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin (Libaran), Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ramlan Meon (Tangga Batu), serta Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah).

Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar, dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)