Isu Pemilikan Saham Oleh Azam Baki: Chegu Bard Dilihat Berhati-Hati

Melaka Digest
By -
0
sedang viral

Chegu Bard selama ini dikenali sebagai suara lantang yang konsisten menuntut siasatan tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang terpalit isu salah guna kuasa dan rasuah. Namun kali ini pendiriannya kelihatan berbeza. Dalam isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, nada Chegu Bard tampak jauh lebih berhati-hati malah tidak seagresif kebiasaannya apabila berdepan pendedahan serius melibatkan tokoh berprofil tinggi.


Mengapa Chegu Bard seolah-olah memilih isu? Mengapa tiada desakan tegas supaya siasatan bebas dijalankan seperti yang sering beliau tuntut dalam kes-kes lain? Sikap ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik yang melihat kelantangan Chegu Bard kali ini seakan tersangkut di pertengahan jalan. BACA di facebook Chegu Bard di SINI
 
sumber

Isu ini kembali memanas selepas pendedahan Bloomberg yang membongkar bahawa Azam Baki didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd bernilai hampir RM800,000 dan ianya jauh melepasi had maksimum RM100,000 yang dibenarkan kepada penjawat awam mengikut pekeliling kerajaan.

Pendedahan itu turut menimbulkan persoalan sama ada Azam mematuhi kewajipan pengisytiharan harta yang sepatutnya dibuat sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, kesalahan yang sama pernah digunakan SPRM untuk menyiasat individu lain.

Dalam masa yang sama, Chegu Bard di status facebooknya kelihatan seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung jawatankuasa bebas pantau SPRM.

Malah Chegu Bard seperti ingin ‘mengajar’ Nurul Izzah betapa tidak perlunya jawatan kuasa tersebut kerana SPRM kini memang sudah ada mekanisma semak imbang secara jawatankuasa bebas iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA) yang dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran.

Apabila desakan terhadap Azam Baki tidak kedengaran lantang seperti sebelumnya, persepsi awam tidak dapat dielakkan iaitu perjuangan melawan rasuah mula dipilih-pilih dan apabila aktivis lantang pun kelihatan berfikir dua kali, rakyat wajar bertanya siapa sebenarnya yang dilindungi dan siapa yang akan terus menjadi sasaran?

Chegu Bard perlu ingat, telah ada ‘whistleblower’ yang kelihatan membongkar ‘hubungan’ beliau dengan taikun dan Azam Baki dan sehingga ke hari ini Chegu Bard tidak membuat sebarang laporan polis. BACA di SINI.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)