Hamzah di Australia: Temani Anak atau Sambut Pelawaan ‘Pulang ke Rumah Bangsa’?

Melaka Digest
By -
0

Ketiadaan Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin daripada prosiding Lembaga Disiplin parti esok membuka satu bab baharu spekulasi politik yang sukar dielakkan.


Alasan rasmi menyebut beliau berada di Sydney, Australia bagi menguruskan pendaftaran universiti anak perempuannya. Namun dalam dunia politik, masa dan lokasi jarang dianggap kebetulan semata-mata.

Ketika Hamzah berlepas ke Australia, tekanan dalaman terhadapnya sedang memuncak. Empat aduan disiplin difailkan termasuk dakwaan gagal mengawal serangan terbuka terhadap Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin serta isu rundingan dengan pimpinan parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat.

Prosiding Lembaga Disiplin yang dijadualkan di Ibu Pejabat BERSATU esok sepatutnya menjadi titik penting menentukan hala tuju politik beliau dalam parti.

Namun, di sebalik penjelasan rasmi itu ada suara nakal bertanya benarkah kehadiran Hamzah di Australia sekadar urusan keluarga atau ia turut menjadi pentas pertemuan strategik dengan pimpinan UMNO?

Sumber mendakwa terdapat perbincangan tidak rasmi di Australia yang melibatkan beberapa pemimpin Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Apa yang bakal terjadi seterusnya adalah bergantung kepada Hamzah sendiri kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan telah membuka pintu dan menghulurkan pelawaan agar Hamzah kembali ke “Rumah Bangsa”, UMNO.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)