Gelaran ‘Wakil Rakyat Bertenggek’ yang sering dikaitkan dengan Mas Ermieyati Samsudin bukan muncul tanpa sebab. Ia lahir daripada persepsi sebahagian warga Masjid Tanah yang melihat beliau kerap muncul hanya apabila sesuatu isu nasional atau lokal sudah menjadi tular dan panas, seolah-olah menumpang momentum demi kelangsungan populariti politik.
Dalam isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, persoalan utama bukan sekadar siapa yang paling lantang bersuara tetapi siapa yang bertindak tepat pada masanya. Namun, Mas Ermieyati dilihat memilih untuk menunggu gelombang kemarahan rakyat memuncak sebelum tampil dengan kenyataan, sekali gus mengundang persoalan tentang keikhlasan dan keberanian politik.
Sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, sumbangan sebenar Mas Ermieyati di kawasan tersebut juga terus dipersoalkan. Selain ceramah yang dilihat ‘menumpang’ figura popular tertentu, apakah legasi pembangunan, kebajikan atau dasar yang benar-benar memberi kesan menyeluruh kepada rakyat? Adakah agihan bakul makanan kepada kelompok tertentu sudah mencukupi untuk melunaskan amanah seorang wakil rakyat?
Memanggil penceramah dari luar Masjid Tanah juga menampakkan Mas Ermieyatie sudah semakin hilang sokongan di parlimen itu. BACA di SINI.
Lebih mengundang tanda tanya, Mas Ermieyati sehingga kini gagal mengambil langkah berprinsip dengan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia di dalam ‘kenyataan rasmi’ melalui facebook miliknya, sedangkan isu Azam Baki melibatkan kredibiliti institusi penguatkuasaan dan kepercayaan awam terhadap tadbir urus negara.
Hakikatnya, fungsi PAC bukan untuk menyiasat salah laku penjawat awam secara individu tetapi berperanan sebagai pengawas tertinggi penggunaan wang rakyat oleh kerajaan. Apabila Pengerusi PAC sendiri dilihat keliru atau teragak-agak dalam memahami tugasnya sendiri maka ini menjadi bahan jenaka rakyat.
Sepatutnya, sebagai ahli Parlimen yang sensitif terhadap isu nasional dan reformasi institusi, Mas Ermieyati lebih awal mendesak Azam Baki berundur sebaik pendedahan serius dibuat oleh The Edge, bukan menunggu isu tersebut menjadi bahan polemik awam sebelum muncul dengan retorik keras.
Rakyat hari ini semakin matang. Mereka bukan sahaja menilai siapa yang bercakap paling lantang, tetapi siapa yang konsisten, berprinsip dan berani bertindak walaupun isu belum tular. Politik drama dan tunggang isu mungkin menguntungkan dalam jangka pendek tetapi dalam jangka panjang ia hanya menghakis kepercayaan.
Cukuplah berdrama. Negara memerlukan kepimpinan yang berani bertindak, bukan sekadar pandai ‘bertenggek’ pada isu popular.
![]() |
| BACA di SUMBER |

