Isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, tidak boleh disempitkan sekadar kepada penafian melalui sidang media atau kenyataan bertulis.
Dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip akauntabiliti dan integriti institusi, standard yang dikenakan kepada orang paling berkuasa dalam SPRM seharusnya lebih tinggi, bukan lebih longgar.
Sepanjang Azam Baki menerajui SPRM, rakyat telah dipertontonkan satu pola yang konsisten iaitu suspek dibawa ke mahkamah, digari, dipakaikan baju lokap berwarna oren dan dihadapkan kepada lensa kamera sebelum mahkamah membuat sebarang keputusan.
Ada yang memakai baju oren, ada yang tidak tetapi mesejnya jelas iaitu SPRM tidak berkompromi apabila melibatkan siasatan rasuah.
Kita menyaksikan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dibawa ke mahkamah bersama isterinya, digari dan dipakaikan baju oren untuk menjawab pertuduhan. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, juga pernah dipanggil dan dibawa melalui proses siasatan SPRM. Tiada perlindungan istimewa, tiada ‘kenyataan media’ sebagai pengganti proses undang-undang. Sekarang semuanya telah menjadi “Bekas”.
Mengapa piawaian yang sama tidak dilihat dikenakan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri? Adakah memadai bagi rakyat hanya disogokkan dengan penafian lisan dan hujah teknikal tanpa siasatan bebas yang telus dan meyakinkan?
Di sinilah letaknya krisis kepercayaan. Bukan soal sama ada Azam Baki bersalah atau tidak, itu hakikat yang hanya boleh ditentukan melalui proses sewajarnya tetapi soal keadilan yang mesti dilihat bukan sahaja ditegakkan, malah kelihatan ditegakkan.
Lebih mengundang tanda tanya, terdapat sikap selektif dalam tekanan awam. Paling pelik dan ironis, mengapa aktivis vokal seperti Chegu Bard yang selama ini lantang ‘mengasak’ pelbagai tokoh termasuk kes melibatkan pegawai tentera laut dan isu moral peribadi kelihatan jauh lebih berhati-hati dalam isu yang menyentuh individu paling berkuasa dalam SPRM? Baca juga di SINI.
Apakah ada garis yang tidak boleh disentuh?
Atau adakah keberanian itu hanya muncul apabila sasaran lebih mudah dan tidak bersenjata kuasa institusi? Atau ada ‘cerita di sebalik mee’ yang rakyat tidak tahu? BACA di SINI.
Isu ini akhirnya bukan lagi tentang individu semata-mata tetapi tentang kredibiliti SPRM sebagai institusi penguatkuasaan utama negara. Jika rakyat melihat wujud dua set piawaian, satu untuk orang biasa dan satu lagi untuk orang paling berkuasa maka runtuhlah kepercayaan awam yang selama ini cuba dibina.
Dalam negara yang serius memerangi rasuah, penafian media tidak pernah mencukupi kerana yang dituntut oleh rakyat ialah ketelusan, kesaksamaan dan keberanian untuk tunduk kepada proses yang sama seperti yang dikenakan ke atas orang lain.
Itulah ujian sebenar integriti.

![]() |
| poster sedang tular di media sosial |