Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru yang sebelum ini tular seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) didapati menonton video lucah, tidak membenarkan himpunan untuk Imam Adhan diadakan dalam kawasan masjid.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook 'Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Melaka' yang menyatakan tindakan tersebut bertujuan menjaga keharmonian dan keselesaan jemaah untuk menunaikan ibadah.
Himpunan Aman Untuk Imam Adhan dijadualkan berlangsung petang ini pada jam 5.00 petang di kawasan berhampiran masjid berkenaan sebagai tanda solidariti.
Terdahulu, bekas Imam 3 masjid tersebut, Ustaz Muhammad Adhan Adnan mengumumkan peletakan jawatannya atas desakan pihak atasan selepas rakaman videonya mengenai seorang AJK menonton video lucah dalam kawasan masjid ditularkan oleh pihak lain.
Susulan itu, satu himpunan dianjurkan bagi menzahirkan solidariti serta menuntut pembelaan terhadap tekanan yang diterima Adhan, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan yang dilemparkan susulan tindakannya melaporkan insiden berkenaan.