Jika Tiada Tindakan Tegas Pelajar Universiti Pijak Quran: Ketua Pemuda PAS Ancam Demo

Melaka Digest
By -
0

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar memberi amaran akan menggerakkan bantahan awam secara besar-besaran mengikut Akta Perhimpunan Awam sekiranya tiada tindakan tegas dikenakan terhadap seorang penuntut universiti yang didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran.

Beliau berkata selain hukuman berat, penuntut institusi pengajian tinggi awam itu perlu ditamatkan pengajian serta-merta dan tidak dibenarkan menyambung pengajian di mana-mana universiti awam.

Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang lebih khusus dan tegas terhadap penghinaan agama Islam dengan memperkemas takrif penghinaan serta memperuntukkan hukuman lebih berat

“Saya menyeru semua Ahli Parlimen Islam tanpa mengira parti agar bersatu menyokong usaha memperkukuh perlindungan undang-undang terhadap kesucian Islam.

“Dalam isu agama, tidak sepatutnya ada politik kepartian kerana ini soal prinsip, aqidah dan ketenteraman negara,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, individu berkenaan telah direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)