Keputusan Melantik Samsuri Merosakkan Imej, Reputasi Tuan Ibrahim

Melaka Digest
By -
0

‘Saham’ Tuan Ibrahim merudum di peringkat nasional dan lebih teruk kesannya di peringkat negeri Pahang.


Selama ini imej dan keperibadian Tuan Ibrahim dicanang bagaikan ulama musnah sekelip mata apabila Presiden PAS, Hadi Awang sendiri bersetuju bahawa Pengerusi Perikatan Nasional adalah milik Samsuri dan bukannya Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Alasan yang PAS gunakan adalah tidak masuk akal sama sekali. Jika diukur dengan prestasi mengalahkan UMNO BN di Terengganu 32-0 untuk DUN dan 8-0 untuk kerusi parlimen kenapa tidak diambil kira kegagalan Hadi Awang menjaga Terengganu yang mengakibatkan Terengganu berjaya dirampas oleh UMNO BN kembali? Dan ketika itu Hadi Awang adalah Menteri Besar Terengganu, jadi Hadi sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden PAS.

Adakah kerana kegagalan bersiri termasuk program Tuan Ibrahim, ‘Hogoh Jelai’ di Pahang dijadikan faktor bahawa Tuan Ibrahim tiada aura kepimpinan? BACA di SINI kegagalan Hogoh Jelai idea Tuan Ibrahim.


Ramai penganalisis politik melihat perkembangan terkini PAS adalah tidak sihat dan kemungkinan ‘tilikan’ menantu Hadi Awang bahawa jika Samsuri memimpin Perikatan Nasional maka PAS akan kehilangan 37 kerusi adalah betul.


“Pilih Samsuri atau Negara Islam” kata penyokong PAS seumur hidup dari Melaka.

“Samsuri tidak akan berani membawa agenda Negara Islam pada PRU16, tiada lagi hudud dalam manifesto..” kata penyokong tegar PAS dari Pahang.
 
Di mana hebatnya Samsuri di Terengganu jika prestasi ekonomi negeri kekal tercorot dan poket rakyat semakin kempis? BACA di SINI.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)