![]() |
| dari facebook Mas Ermieyati |
Nampak jelas Mas Ermieyati Samsudin seperti orang ‘patah hati’ dengan Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin. Dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) semalam yang membincangkan pengganti Muhyiddin sebagai Pengerusi, Mas Ermieyati kelihatan secara terang-terangan menjauhkan diri, seolah-olah mereka betul-betul bermusuh.
Bahasa badan menjadi isyarat paling jelas. Pemerhati politik melihat Mas Ermieyati “meminta nyawa” daripada PAS, seakan-akan parti itu kini menjadi talian hayat politik terakhirnya. Gerak-geri tersebut menguatkan persepsi bahawa beliau sedang menyusun semula paksi sokongan di luar kem Muhyiddin.
![]() |
| dari facebook Mas Ermieyati |
Sebelum mesyuarat itu, Mas Ermieyati dilaporkan mengunjungi Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, satu langkah yang dibaca sebagai usaha memperkukuh hubungan di peringkat akar umbi. Namun, menurut pemerhati politik Melaka, semua langkah ini berpunca daripada kesilapan percaturan apabila Mas Ermieyati memilih untuk bersama kem Hamzah dan bukannya kem Muhyiddin.
![]() |
| dari facebook Mas Ermieyati |
Di peringkat Masjid Tanah, realiti tidak menyebelahi beliau. BERSATU Bahagian Masjid Tanah tidak berganjak, walaupun Mas Ermieyati bersama beberapa pemimpin bahagian keluar parti. Struktur bahagian itu bergerak pantas meneruskan operasi di bawah Timbalan Ketua Bahagian, menafikan naratif bahawa tindakan Mas Ermieyati mampu menggoncang kekuatan organisasi setempat.
Sementara itu, PAS membuat keputusan strategik yang jelas dengan memilih Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Pengerusi PN, bukannya Hamzah Zainudin. Keputusan ini berasaskan realiti PN sebagai gabungan parti politik, sedangkan Hamzah ketika ini tidak bernaung di bawah mana-mana parti. Isyarat PAS ini tegas iaitu keutamaan diberikan kepada kestabilan struktur, bukan individu.
Implikasinya besar. Jika Hamzah mahu kembali relevan, beliau perlu menyertai parti politik atau menubuhkan parti baharu. Hanya dengan itu juga, “nyawa politik” Mas Ermieyati berpotensi disambung semula, itu pun belum tentu mendapat sokongan daripada BERSATU Masjid Tanah.
Ada gambar tak Mas Ermieyati bersama dengan Muhyiddin atau kelompok Presiden Bersatu ketika itu? Antara pertanya netizen.


