Berucap di hadapan lebih 500 penyokong, Hamzah menegaskan beliau masih tertanya-tanya punca sebenar beliau disingkirkan daripada parti.
"Hantu apa yang ada dalam parti Bersatu ini?
"Saya pernah jadi penyokong nombor satu beliau (Muhyiddin). Namun hari ini, saya ingin nyatakan, saya penentang nombor satu beliau," katanya pada perhimpunan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini.
19 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpakaian putih hadiri majlis taklimat 'Reset Politik' anjuran Hamzah Zainudin.
Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Ronald Kiandee (Beluran), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Khlir Mohd Nor (Ketereh), Ku Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu) dan lain-lain.
Difahamkan taklimat tersebut diadakan susulan Lembaga Disiplin Bersatu memecat Hamzah selaku Timbalan Presiden berserta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Fathul Huzir Ayob(Gerik) dan Kapten Azhari Hassan (Padang Rengas) berserta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

