Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini memasuki fasa paling genting apabila Presiden parti, Muhyiddin Yassin dilihat semakin terhimpit oleh tekanan terbuka daripada pimpinan sendiri.
Desakan supaya beliau berundur tidak lagi bersifat terselindung, sebaliknya dizahirkan secara terbuka oleh kem Hamzah Zainuddin sekali gus mencerminkan perpecahan yang semakin parah.
Menurut penganalisis politik tempatan, sikap Muhyiddin yang terus berdiam diri dan enggan membuat keputusan tegas menimbulkan persepsi bahawa beliau tidak lagi menguasai keadaan. Tekanan bukan sahaja datang daripada pimpinan bahagian dan negeri, malah kini disertai oleh Naib Presiden BERSATU sendiri, Ronald Kiandee yang secara terbuka mencadangkan Muhyiddin melepaskan jawatan demi menyelamatkan parti. BACA di SINI.
Isyarat paling ketara mengenai peralihan sokongan turut ditunjukkan oleh Ketua Srikandi BERSATU, Mas Ermieyati Samsudin. Ketidakhadiran beliau dalam majlis penting yang diadakan di kediaman Muhyiddin kelmarin ini dianggap signifikan, apatah lagi apabila hanya 18 daripada 80 Ahli Parlimen dan ADUN BERSATU hadir. Kehadiran yang begitu rendah memberi gambaran jelas terhadap tahap keyakinan yang semakin merosot terhadap kepimpinan presiden parti. BACA di SINI.
Menurut sumber, Mas Ermieyati begitu yakin kedudukannya kuat dan selesa di Masjid Tanah mendapat sokongan padu dari PAS Melaka dan juga dari Chegu Bard. Maka beliau tidak perlu takut dengan ancaman disiplin dari Bersatu pusat? Sehingga ke hari ini Mas Ermieyati tidak membuat sebarang kenyataan sokongan kepada Presiden partinya sendiri.
Apakah yang ditunggu oleh Muhyiddin? Adakah beliau bimbang tindakan disiplin atau pemecatan terhadap pihak yang menentangnya akan mempercepatkan kehancuran parti? Atau adakah beliau sendiri sedar bahawa BERSATU kini berada di ambang perpecahan sekiranya keputusan drastik diambil?
Muhyiddin sebelum ini telah kehilangan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) selepas meletakkan jawatan secara sukarela menjadikan satu langkah yang sehingga kini masih dipersoalkan hikmahnya. Kedudukan beliau sebagai Presiden BERSATU juga kini tidak lagi kukuh, malah dilihat bergantung kepada sisa sokongan yang semakin menipis.
Jika Muhyiddin terus memilih untuk berlengah dan mengelak daripada berdepan realiti, BERSATU berisiko bukan sahaja kehilangan arah tetapi juga hilang relevan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 dan dalam krisis ini, masa jelas tidak lagi menyebelahi Muhyiddin.