Nurul Izzah Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Melaka Digest
By -
0

Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencadangkan agar Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga anak kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Cadangan itu dikemukakan susulan kenyataan Anwar terhadap laporan yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mempunyai saham melebihi had.

Selain tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk menyingkirkan pesaing dan mengambil alih syarikat.

“Macam itu baik lantik Nurul Izzah jadi ketua pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, pasti tidak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM,” katanya.

Terdahulu, Bloomberg melaporkan dakwaan SPRM, termasuk pegawai atasannya, bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam beberapa tindakan untuk menyingkirkan pesaing dan mengambil alih syarikat secara paksa.
 
sumber 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)