Parlimen Samsuri Ketua Pembangkang?

Melaka Digest
By -
0

Susulan Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu maka namanya sekali lagi menjadi sebutan dari kumpulan ‘siber walaun’ yang dikatakan bertanggungjawab mempromosikan Samsuri sebagai PM11.


Malah ianya seperti apa yang dinyatakan oleh Takiyuddin sebelum ini bahawa PAS akan mengambil alih jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat, yang mana nama Ahli Parlimen berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata perkara berhubung jawatan ketua pembangkang baharu dipersetujui parti-parti komponen PN dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN.

Jawatan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat kini disandang bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.

"Perkara itu ada dibangkitkan dan telah diputuskan supaya diberi sedikit masa difikirkan perkara itu terutama apabila secara rasminya pihak parti-parti anggota ini bersetuju kerusi ketua pembangkang dipegang oleh PAS sebagai parti terbesar dalam Parlimen.

"Tetapi, belum ada keputusan lagi kerana PAS memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu di ibu pejabat PAS beberapa hari lepas.

Takiyuddin turut berkata mesyuarat PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti semula jawatan yang kosong sebelum ini, selepas mendapat arahan daripada Ahmad Samsuri.

PAS ketika ini memiliki 43 Ahli Parlimen, diikuti 25 oleh BERSATU yang kini terpecah kepada dua kumpulan iaitu yang menyokong Muhyiddin dan Hamzah.
 
Nampaknya Tuan Ibrahim Tuan Man terpinggir sekali lagi. 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)