PAS Mahu Hamzah Kekal Ketua Pembangkang

Melaka Digest
By -
0


Pemecatan Hamzah Zainuddin daripada Bersatu mengundang persoalan di peringkat nasional, apakah kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen turut tergugat?

Soalan ini berlegarkhususnya apabila Hamzah kini berstatus Ahli Parlimen tidak berparti.

Namun hakikatnya, jawatan Ketua Pembangkang tidak tertakluk kepada keahlian parti sebaliknya ditentukan oleh sokongan majoriti Ahli Parlimen blok pembangkang. Selagi seseorang itu Ahli Parlimen dan mendapat persetujuan majoriti, maka dialah yang sah memegang peranan tersebut.

Inilah prinsip asas yang sering terlepas pandang dalam hiruk-pikuk politik kepartian.

Umum mengetahui Hamzah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Rusila, Terengganu. Difahamkan, antara topik terawal yang dibincangkan ialah kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan menurut sumberpendirian PAS jelas, Hamzah wajar kekal menerajui peranan itu.

Pendirian ini bukan baharu. Selepas PRU15, pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang sendiri bersandarkan syor Presiden PAS dan dipersetujui sebulat suara oleh blok pembangkang ketika itu. Maka, apabila Hadi Awang menyatakan komitmen untuk mengekalkan Hamzah, ia membawa makna strategik yang besar iaitu 43 Ahli Parlimen PAS kekal menyokong Hamzah tanpa beralih kepada calon lain.

Malah selepas pemecatan, 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatudilaporkan berdiri bersama Hamzah, angka yang mengatasi kelompok yang kekal bersama Muhyiddin Yassin. Ditambah pula sokongan 118 daripada 168 Ketua Bahagian Bersatu yang terus setia dan itulah gambaran kekuatan Hamzah.

Melalui kiraan sokongan ini, kecuali berlaku perubahan luar jangka, Hamzah hampir pasti terus berperanan sebagai Ketua Pembangkang sehingga PRU akan datang.

Jika ini berlaku, menurut penganalis politik tempatan, PAS memalukan Muhyiddin dan PAS dilihat tiada pemimpin di peringkat nasional.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)