PAS Pengerusi Baharu PN

Melaka Digest
By -
0


Semua parti komponen gabungan PN dilaporkan telah menyatakan persetujuan awal terhadap cadangan bahawa PAS adalah peneraju utama dalam gabungan mereka.

Perkembangan ini bukan sekadar soal pelantikan jawatan tetapi mencerminkan usaha menyusun semula kekuatan politik pembangkang dalam landskap nasional yang semakin mencabar.

Timbalan Setiausaha Agung PN, menegaskan bahawa wujud kesepakatan awal dalam kalangan parti anggota supaya PAS memimpin gabungan tersebut demi memastikan kestabilan dalaman dan hala tuju politik yang lebih jelas serta tersusun.

“Kami setuju terajui PN dengan pengerusi baharu daripada PAS. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN, Ahad ini,” katanya.

Kenyataan ini sekali gus menutup spekulasi lama yang mendakwa wujud tentangan dalaman terhadap kepimpinan PAS dalam PN. Menurut beliau, perkembangan mutakhir menunjukkan semua parti kini berada pada satu garis perjuangan yang sama.

“Dulu mungkin ada cakap-cakap tetapi setakat ini kami difahamkan semua parti bersetuju untuk satu gerakan bersama. Kita tunggu keputusan rasmi mesyuarat,” tambahnya.

Pelantikan pengerusi baharu akan dibuat berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan gabungan, sekali gus memberi legitimasi institusi kepada keputusan tersebut.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)