PPBM: Pembubaran ‘Sendiri’ Tidak Sah

Melaka Digest
By -
0


Isu pembubaran jawatankuasa bahagian BERSATU yang diumumkan secara terbuka oleh beberapa pihak kini dijawab secara tegas oleh kepimpinan parti. Tiada satu pun peruntukan dalam Perlembagaan BERSATU yang membenarkan mana-mana jawatankuasa bahagian atau negeri mengisytiharkan pembubaran parti di kawasan masing-masing sama ada secara sepihak atau kolektif.


Ketua Penerangan ARMADA yang juga Ketua BERSATU Balik Pulau, Harris Idaham Rashid, menegaskan bahawa kuasa mutlak berhubung pembubaran parti hanya terletak di bawah Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan Presiden parti. Sebarang pengumuman di peringkat bahagian hanyalah tidak berasas dari sudut perlembagaan dan tidak membawa implikasi sah terhadap kedudukan parti.


Menurut beliau, kebelakangan ini ARMADA memerhati tindakan beberapa jawatankuasa bahagian yang mendakwa bahagian masing-masing “terbubar” susulan peletakan jawatan beramai-ramai. Hakikatnya, peletakan jawatan individu atau sekumpulan pemimpin tidak sama sekali bermaksud pembubaran bahagian, apatah lagi parti.


Lebih penting, Harris menegaskan Badan Perhubungan Negeri (BPN) juga tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan atau mengesahkan pembubaran bahagian di negeri masing-masing. Prinsip perundangan dan hierarki yang sama turut terpakai kepada semua sayap parti termasuk ARMADA sendiri.


Kenyataan ini sekali gus mematahkan naratif politik bersifat sensasi yang cuba mewujudkan persepsi seolah-olah struktur parti sedang runtuh. Realitinya, dari sudut perlembagaan dan tatakelola parti, BERSATU kekal berfungsi mengikut lunas undang-undang dan sebarang keputusan besar hanya boleh dibuat melalui saluran pusat yang sah.


Jelas, pengumuman pembubaran di peringkat bahagian hanyalah gimik politik dan bukan fakta perlembagaan.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)