Pemimpin Sarawak Ibarat Raja Brooke?

Melaka Digest
By -
0
Poster sedang viral di sosmed

Sarawak ni bukan negeri miskin. Sarawak sangat kaya dengan hasil bumi sampailah ke balak. Dari 2018 hingga 2024, negeri kita sumbang RM285.4 bilion petroleum revenue paling tinggi di Malaysia, lebih dari Peninsular dan Sabah.


Kemana wang hasil ini pemimpin Sarawak belanja kan?

Pendapatan negeri Sarawak 2024 capai RM14.187 bilion – rekod tertinggi. Gas, minyak, kayu, sawit… semua mengalir deras dan panjang ibarat sungai Batang Rajang.

Tapi rakyat? Apa yang Rumah Panjang dapat? DOSM 2024 melaporkan kadar kemiskinan mutlak Sarawak masih 8.4% hingga 10.8% (ketiga tertinggi selepas Sabah 17.7% dan Kelantan 11.5%). Lebih 103,968 orang Sarawak masih hidup di bawah garis kemiskinan , majoriti di rumah panjang Iban, kampung Bidayuh, kampung Orang Ulu, Penan di Kapit, Baram, Belaga.

Air bersih coverage hanya sekitar 85% (Februari 2025), beribu lagi isi rumah minum air sungai keruh. Elektrik? “Coverage hampir 100%” katanya, tapi catu on-off macam lampu disco di pedalaman. Jalan raya? Lebih 1,300 penempatan luar bandar masih jalan tanah merah musim hujan macam perang lumpur.

Sementara tu, pemimpin kita hidup macam Raja Brooke – dua private jet (VPCTL & VPCWZ), kereta mewah tak ada di negeri maju seperti Penang dan Selangor, jam tangan jutaan ringgit, rumah di Perth & London.

Bandingkan... Brunei dengan minyak yang jauh lebih kecil, rakyatnya hampir tiada kemiskinan, subsidi penuh, pendidikan percuma, kesihatan percuma. Kita? Rakyat masih miskin.

Ini bukan salah Malaya lagi. Ini salah agihan kekayaan yang teruk. Bangunlah, saudara-saudari se-hornbill! Kekayaan Sarawak milik kita semua, bukan milik segelintir yang hidup di istana kekuasaan sementara rakyat bergelut di rumah panjang.

Tuntut bahagian rakyat dari pemimpin KITA sekarang, sebelum generasi kenyalang seterusnya warisi kemiskinan abadi!
 
-Awang Syazwan 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)