Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, mempersoalkan pendirian Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dalam polemik dalaman parti.
Beliau mendakwa Radzi, yang kini Timbalan Presiden Bersatu, hadir dalam pertemuan membincangkan isu dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi memilih untuk memekakkan telinga apabila tiba masa membuat keputusan.
Fayhsal menegaskan Radzi cuba “bermain di semua kolam” sejak awal pemilihan Bersatu, kononnya strategi melawan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, namun dalam politik, mereka yang cuba memegang dua tali biasanya tergelincir.
Beliau turut menekankan bahawa kejayaan Radzi sebagai Naib Presiden 1 adalah hasil sokongan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, serta Radzi gagal menilai bukti kewujudan “Kuda Trojan” dalam Bersatu dan PN.
Fayhsal menambah bahawa pertemuan Radzi dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dikaitkan dengan usaha menukar Ketua Pembangkang, sedangkan Hamzah dilantik melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi PN selepas PRU-15.
