Pertemuan Pemimpin PAS, Bersatu Dengan Zahid Tidak Membawa Makna Kerana Bukan Muhyiddin Hadir

Melaka Digest
By -
0
Pada Januari 2026, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta beberapa tokoh politik Melayu lain bagi membincangkan idea penyatuan orang Melayu. Bagaimanapun, beliau menegaskan pertemuan tersebut bersifat tidak formal dan tidak melibatkan sebarang keputusan muktamad.


Menurut Ahmad Zahid, perkara itu kemudiannya dibawa secara terbuka dan berprinsip ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bagi membolehkan ia diformalisasikan melalui saluran parti yang sah. Langkah tersebut, katanya, mencerminkan pendekatan UMNO yang memilih untuk membincangkan isu besar secara telus dan melalui mandat perwakilan, bukan rundingan tertutup atau keputusan unilateral.

Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya memahami matlamat dan rasional gerakan berkenaan. Ini sekali gus menepis tanggapan bahawa usaha tersebut bersifat konfrontasi atau bertujuan melemahkan kerajaan sedia ada.

Menurut Zahid, langkah tersebut selari dengan tanggungjawab sejarah UMNO sebagai ‘Rumah Bangsa’ sebuah medan politik yang diwujudkan untuk menyatukan orang Melayu di bawah satu payung perjuangan yang berteraskan kestabilan, kesederhanaan dan kelangsungan negara.

Hari ini Ketua Penerangan Bersatu Pusat tiba-tiba mengeluarkan kenyataan panjang lebar di facebook miliknya seolah begitu takut dengan perkembangan mutakhir penyatuan Melayu:

ISU RUNDINGAN TANPA MANDAT: PRESIDEN vs Ahli MPT / TIMBALAN PRESIDEN

Ada rakan-rakan Ketua Penerangan Bahagian yang bertanya kenapa apabila Presiden BERSATU berunding dengan Presiden PAS, ianya bukan satu kesalahan disiplin. Jawapan saya:-

1. Di bawah Perlembagaan BERSATU, kuasa eksekutif parti terletak pada Presiden, bukan secara kolektif pada Ahli MPT atau Timbalan Presiden.

Fasal 15.2.1 memperuntukkan bahawa:

“Presiden ialah pemimpin utama parti yang bertanggungjawab menjaga keseluruhan perjalanan pengurusan, pentadbiran dan dasar parti.”

2. Peruntukan ini memberikan Presiden kuasa eksekutif dan representasi politik secara semula jadi (inherent authority), termasuk berunding dengan Presiden parti lain tanpa memerlukan mandat awal MPT.

Fasal 15.2.2 pula menyatakan Presiden: “memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)”, yang menunjukkan Presiden ialah pengarah hala tuju strategik parti dan pihak yang membawa hasil rundingan ke MPT untuk pertimbangan dan kelulusan.

3. Sebaliknya, Ahli MPT atau Timbalan Presiden tidak diperuntukkan kuasa eksekutif bebas untuk mewakili parti dalam rundingan antara parti. Tanpa mandat jelas daripada Presiden atau MPT, tindakan berunding oleh mereka boleh dianggap melangkaui bidang kuasa dan berisiko menjadi kesalahan disiplin, terutamanya jika ia menimbulkan kekeliruan atau mencabar autoriti Presiden.

4. Rundingan Presiden BERSATU dengan Presiden parti lain adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan BERSATU, manakala rundingan oleh Ahli MPT atau Timbalan Presiden memerlukan mandat khusus; tanpa mandat, ia berpotensi melanggar disiplin parti.

5. Apabila Presiden Umno menyebut dia telah bertemu dan berunding dengan pemimpin BERSATU dan pemimpin Pas, pertanyaan yang masih belum dijawab adalah - SIAPA PEMIMPIN BERSATU YANG BERUNDING DENGAN ZAHID?

6. Di bawah Perlembagaan BERSATU, adakah Ahli MPT atau Timbalan Presiden dibenarkan berunding dengan Presiden parti komponen, mencadangkan struktur baharu gabungan yang boleh mengurangkan kuasa dan fungsi Presiden BERSATU dalam Majlis Tertinggi PN?

7. Di bawah Perlembagaan BERSATU, Ahli MPT tidak mempunyai kuasa eksekutif bebas untuk berunding dengan Presiden parti komponen, mencadangkan struktur baharu gabungan, apatah lagi cadangan yang mengurangkan kuasa dan fungsi Presiden BERSATU. Kuasa eksekutif dan representasi politik parti hanya diperuntukkan kepada Presiden melalui:

Fasal 15.2.1 – Presiden ialah pemimpin utama parti dan penentu dasar;

Fasal 15.2.2 – Presiden mempengerusikan MPT dan mengawal hala tuju strategik parti.

Tindakan Ahli MPT tersebut adalah melangkaui bidang kuasa (ultra vires).

8. Adakah ia boleh dianggap pengkhianatan terhadap parti atau institusi Presiden? Dari sudut disiplin parti: ya, ia boleh ditafsir sebagai pengkhianatan organisasi. Ini kerana tindakan tersebut dilakukan tanpa mandat, menyasarkan pengurangan kuasa Presiden BERSATU sebagai institusi, melibatkan rundingan dengan pihak luar yang memberi kesan langsung kepada kedudukan parti dalam gabungan, berpotensi melemahkan autoriti Presiden dan kestabilan parti.

9. Dalam prinsip tadbir urus parti politik, tindakan sengaja melemahkan kuasa kepimpinan sah melalui saluran luar parti boleh dikategorikan sebagai 'disloyalty to the party and its leadership', iaitu satu bentuk pengkhianatan disiplin. Ini bukan perbezaan pandangan biasa, tetapi tindakan aktif menstruktur semula kuasa parti melalui pihak luar. Tindakan tersebut melanggar semangat dan struktur perlembagaan kerana melanggar hierarki kuasa dan boleh jatuh di bawah kesalahan disiplin berat kerana bertindak melangkaui kuasa, bertentangan dengan kepentingan parti, dan berlawanan dengan kepimpinan sah.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)