Tiba-tiba isu Pilihan Raya Datuk Bandar Kuala Lumpur diangkat dengan penuh semangat oleh barisan kaki bodek, khususnya daripada DAP dan rangkaian penyokongnya. Kononnya ini tuntutan demokrasi, kononnya hasil kajian akademik malah siap berselindung di sebalik nama UIAM dan istilah “urban governance” tetapi rakyat yang celik politik tahu ini bukan soal demokrasi ini soal kempen politik murahan yang menggunakan kesempatan ketika berkuasa.
Naratif lama diulang semula. Dulu UEC dijaja sebagai janji manis PRU15 kepada pengundi Cina, akhirnya tinggal poster dan manifesto. Hari ini, skrip yang sama dimainkan cuma wataknya bertukar. Pilihanraya Datuk Bandar KL pula dijadikan isu ‘recycle’, kononnya demi kuasa rakyat, hak bandar raya dan reformasi institusi.
Lebih lucu, cadangan ini tiba-tiba dikaitkan dengan nama Khairy Jamaluddin. Seolah-olah seluruh sistem pentadbiran bandar perlu diubah hanya untuk menyediakan pentas politik baharu buat seorang tokoh yang sedang mencari laluan kembali relevan. Jadi siapa sebenarnya sasaran kempen ini? Rakyat Kuala Lumpur atau seorang individu yang sedang dipasarkan semula sebagai “wajah PM” untuk masa depan?
Jika benar DAP ikhlas mahu demokrasi tempatan, mengapa isu ini hanya panas bila ada nilai politik untuk dimanipulasi?
Mengapa tiada kesungguhan yang sama dalam menunaikan janji-janji asas lain yang lebih dekat dengan denyut nadi rakyat bandar seperti kos sara hidup, perumahan mampu milik, kesesakan dan keselamatan? Atau semua itu terlalu membosankan?
Pilihan raya Datuk Bandar KL hari ini lebih mirip kepada ‘projek persepsi’ berbanding reformasi tulen. Ia dijaja sebagai simbol kemajuan tetapi sarat dengan agenda tersembunyi. Rakyat dijadikan penonton, akademik dijadikan perisai dan demokrasi dijadikan slogan kosong.
Alasan dengan menggunakan contoh banyak negara telah laksanakan adalah alasan yang dangkal. Jika DAP sebelum ini tanpa membuat sebarang kajian begitu bersungguh menolak Cukai GST yang dibuat di lebih 170 negara kenapa di dalam isu pilihanraya ini DAP bernada lain?
Sijil UEC pun DAP tidak membuat kajian kenapa perlu diterima.
Sekolah 1 Aliran juga DAP tidak membuat kajian untuk menolaknya.
