Dinamika politik di Melaka kembali mencuri perhatian apabila timbul spekulasi bahawa Ali Pasir sedang melobi untuk menggantikan Dr. Aleef Yusof sebagai calon di DUN Sungai Udang. Perkembangan ini, menurut sumber bilik gerakan, bukan sekadar cakap-cakap kosong, sebaliknya dilihat sebagai sebahagian daripada penyusunan semula strategi dalaman Perikatan Nasional (PN) menjelang fasa politik yang lebih mencabar.
Antara faktor yang didakwa menyumbang kepada perubahan ini ialah sikap berdiam diri Dr. Aleef dalam konflik terbuka antara Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin. Dalam suasana politik yang menuntut kesetiaan dan kejelasan pendirian, ketiadaan respons daripada Dr. Aleef dilihat oleh sesetengah pihak sebagai isyarat bahawa DR Aleef tidak berpihak kepada Muhyiddin Yassin.
Dalam masa yang sama Ali Pasir turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi untuk mengisi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, menggantikan Mas Ermieyati Samsudin.
Sebagai persiapan untuk menguasai Melaka maka Ali Pasir perlukan DUN yang selamat untuknya menurt sumber itu lagi.
Ali Pasir sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah melibatkan wang tunai serta kenderaan mewah yang dikaitkan dengan projek tambakan laut di Melaka. Penahanan tersebut mencetuskan perhatian besar kerana beliau bukan figura kecil, sebaliknya pernah memegang jawatan penting di peringkat persekutuan.
Hasil siasatan SPRM membawa kepada pendakwaan serius. Ali Pasir telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 20 pertuduhan rasuah melibatkan dakwaan menerima wang tunai berjumlah kira-kira RM235,000 serta tiga buah kereta mewah sebagai suapan. Semua suapan itu didakwa sebagai balasan bagi membantu urusan berkaitan projek tambakan laut dan kerja subkontrak tertentu.

Kronologi kes Ali Pasir BACA di SINI