Ramai penyokong Rafizi mungkin tidak tahu siapa dan dari mana asal Rafizi mampu mencipta gelaran jutawan.
Menurut sumber Rafizi hanya anak seorang penoreh getah dan dikatak berjaya dalam masa yang singkat mengumpul kekayaan dengan nilai hampir RM19 juta.
Ketika mengisytiharkan harta pada PRU tahun 2022, Rafizi menyatakan kekayaan bersihnya adalah sekitar RM18.85 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM16.7 juta datangnya daripada pelaburan terutamanya melalui syarikat Invoke Solution.
Syarikat ini bukan sahaja milik beliau tetapi terlibat juga dengan kerja-kerja berkaitan parti yang beliau sendiri antara pemimpin utamanya.
Di sinilah persoalan mula timbul, seorang tokoh yang kononnya membina reputasi dengan melawan kronisme akhirnya membina kekayaan besar melalui struktur yang berkait rapat dengan politik sendiri?
Lebih menarik pada tahun 2021, syarikat Invoke mencatatkan aset bersih sebanyak RM4.7 juta, namun dalam tempoh kurang dari setahun, nilainya melonjak kepada sekitar RM17 juta.
Perubahan yang sangat drastik ini tidak pernah dijelaskan secara terperinci kepada umum. Pada tahun 2017, Rafizi juga pernah berjanji bahawa saham Invoke akan diagihkan kepada kakitangan yang membina syarikat itu tetapi rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan hanya segelintir pemegang saham dan majoriti pekerja yang terlibat tidak tersenarai.
Apabila wartawan mempersoalkan perkara ini, respon Rafizi adalah bukan penjelasan tetapi serangan dengan menyatakan bahawa ramai tidak cukup faham untuk menilai isu tersebut.
Seorang tokoh yang sering membawa naratif ketelusan tetapi apabila ditanya memilih untuk merendahkan pihak yang bertanya. Jika kita lihat rekod politiknya gambaran yang muncul juga tidak seindah reputasi beliau.
Beliau tidak dapat bertanding dalam PRU paling penting negara kerana kes mahkamah, tewas dalam pemilihan parti sendiri dan beberapa ramalannya politiknya terbukti meleset, jauh daripada realiti.
Ketika memegang kuasa di dalam kerajaan, beberapa inisiatif utama yang dibawa juga menimbulkan persoalan. PADU yang menelan kos RM85 juta akhirnya tidak digunakan seperti yang dirancang, projek inisiatif pendapatan rakyat bernilai RM750 juta memerima kritikan kerana perlaksanaan yang lemah dan reformasi subsidi RON95 yang sering disebut pula akhirnya diambil alih oleh Kementerian lain sebelum sempat dilaksanakan sepenuhnya.
Kini beliau berhadapan dengan siasatan SPRM berkaitan beberapa keputusan ketika di dalam kerajaan.
Penjelasan beliau adalah bahawa ia bermotifkan politik. Itu mungkin benar tetapi di dalam masa yang sama ia juga membuka ruang untuk rakyat menilai semula perjalanan kerjaya beliau secara keseluruhan.
Persoalan paling penting sekarang bukan lagi tentang persepsi tetapi tentang konsistensi, adakah beliau benar-banar melawan sistem atau sekadar memahami sistem dengan cukup baik untuk menggunakannya demi kepentingan sendiri?
Malaysia tidak mempunyai kekurangan individu yang bijak bercakap dan membina naratif apa yang diperlukan adalah pemimpin yang mampu menterjemahkan idea menjadi hasil yang nyata dan bukannya sekadar teori yang kelihatan meyakinkan di atas kertas.