Kenyataan Terbuka: Khairuddin Panggil Peja Sebagai 'Budak Badut'

Melaka Digest
By -
0

BUDAK 'BADUT' FAIZAL AZUMU@PEJA HARUS MUHASABAH DAN CERMINKAN MUKA SENDIRI DULU


Sejak kebelakangan ini budak 'badut' Faizal Azumu@Peja banyak menyindir pemimpin-pemimpin PN yang baru dipilih seperti YAB Dato Seri Dr Shamsuri Mokhtar, YB Dato Seri Hamzah Zainuddin, YB Dato Seri Takiyuddin Hassan serta beberapa lagi.

Budak 'badut' Peja ini sebenarnya harus 'move on' dan teruskan perjuangan beliau dengan BERSATU selaku salah seorang dari Naib Presiden parti.

Beliau harus muhasabah dan cerminkan diri sendiri dulu sebelum hendak sindir serta cuba jaga 'tepi kain orang.'

Sebenarnya beliau ini bagi saya bukan seorang yang sempurna pun dan amat tidak layak untuk bercakap mengenai prinsip kerana dirinya sendiri tidak mempunyai nilai-nilai berprinsip tersebut.

Lebih baik buat budak 'badut' Peja teruskan untuk memperkukuhkan semula parti BERSATU ke arah membuat persediaan rapi bagi menghadapi PRN Melaka, Johor serta PRU16 kelak.

Lebih berfaedah bagi beliau memberi tumpuan untuk memperkuatkan semula BERSATU yang telah dilanda kemelut kepimpinan.

Bagi saya kalau hendak bercakap mengenai budak 'badut' Peja ini seribu satu malam pun mungkin tak habis.

Apakah beliau ingat dirinya itu cukup sempurna serta amat berprinsip?

Saya takut kalau cerita mengenai jati dirinya ramai yang akan meloya atau kemungkinan besar termuntah.

Sebab itu saya ingin nasihatkan beliau agar duduk diam-diam dan jangan cuba hendak campur urusan atau menjaga di tepi kain orang lain.

Beliau adalah 'badut' politik yang senantiasa hanya pandai membodek saja untuk kekal relevan dalam struktur politik.

Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa 'badut' politik ini juga adalah sejenis manusia yang tidak tahu mengenang budi orang lain yang mengacukan kareer politiknya dan mengangkatnya dalam lanskap politik tanahair.

Semua pihak kena berhati- hati dengan manusia hipokrit serta oportunis seperti ini.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Aktivis Politik
15 Mac 2026
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)