Bersatu Kudat Lumpuh

Melaka Digest
By -
0

Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kudat, Muhamad Affan Jumahat mengumumkan peletakan jawatan daripada tiga jawatan utama dalam parti berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat rasmi bertarikh 3 Mac 2026 yang dihantar kepada Setiausaha Agung BERSATU, Mohamed Azmin Ali.

Affan yang juga Ketua Bahagian, turut meletakkan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU dan Timbalan Badan Pimpinan Negeri Sabah.

Peletakan jawatan tersebut dibuat bersama 15 AJK Bahagian dan memutuskan untuk keluar daripada parti.

Menurut kandungan surat itu, keputusan berkenaan dibuat setelah tidak berpuas hati terhadap tindakan pemecatan yang didakwa dibuat secara tergesa-gesa terhadap beberapa wakil rakyat dan ketua bahagian BERSATU.

Bantahan turut dibuat terhadap langkah yang dianggap bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang sebelum ini untuk menangguhkan tindakan disiplin terhadap ahli yang membuat kenyataan berkaitan Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Pergolakan politik dalaman BERSATU sabah bermula Disember lalu, apabila sekumpulan ketua-ketua bahagian, secara terbuka menggesa Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab dan berundur setelah BERSATU kalah teruk di PRN Sabah pada 29 November lalu.

Sumber
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)