Isu pemecatan Hamzah Zainudin terus mencetuskan perdebatan, khususnya apabila muncul naratif bahawa tindakan tersebut berpunca daripada usaha beliau untuk menyatukan kepimpinan Melayu di bawah satu gagasan baharu. Namun persoalannya, sejauh mana dakwaan ini berasaskan realiti atau sekadar pembingkaian politik untuk meraih legitimasi?
Menurut pengakuan Hamzah sendiri, pertemuannya dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok dilakukan atas kapasiti sebagai “utusan” kepada Mahathir Mohamad. Tujuan utama pertemuan itu adalah untuk mengajak UMNO menyertai satu gagasan politik di bawah seliaan Mahathir, “Payung Besar”, sebuah platform yang kononnya bertujuan menyatukan kekuatan politik Melayu.
Namun apabila diteliti secara lebih mendalam, gagasan ini bukanlah sesuatu yang benar-benar baharu. Ia dilihat sebagai kesinambungan kepada pendekatan politik Mahathir yang selama ini berteraskan penyusunan semula kuasa dalam kalangan elit Melayu, khususnya ketika beliau berdepan cabaran untuk mengekalkan pengaruh dalam landskap politik yang semakin berubah.
Sejarah menunjukkan bahawa Mahathir sering bertindak balas terhadap perubahan arus sokongan politik dengan membentuk platform alternatif.
Jika dahulu, Mahathir melihat kebangkitan penentangan kaum cina terhadap UMNO dan Barisan Nasional, beliau tanpa rasa malu mengadap DAP dan bekerjasama dengan parti tersebut.
Kini Mahathir melihat perkara yang sama cuma kali ini adalah kebangkitan dan sokongan Melayu telah kembali semula kepada UMNO dan Barisan Nasional maka beliau dengan segera mewujudkan platform baharu, ‘Payung Besar’ lalu mengarahkan Hamzah bertemu dengan Presiden UMNO kononnya untuk memperkasakan Melayu di Malaysia tetapi sebenarnya ini adalah strategi licik Mahathir, platform ini adalah untuk membolehkan beliau mengatur kekuasaan politik beliau dan meletakkan anaknya Mukhriz di persada kuasa.
Bagi Mahathir, mewujudkan platform “Payung Besar” ini adalah sebagai respon strategik untuk menampakkan beliau masih dan kekal sebagai pemimpin Melayu yang serius walaupun pernah mengkhianati perjuangan Melayu dengan mengajak DAP untuk kuburkan UMNO-BN.
Melayu tidak selamanya jadi tunggangan Mahathir dan anak pinaknya serta kroni elitnya, Melayu dan Bumiputra sedar bahawa platform baharu Mahathir ini berfungsi sebagai alat untuk menyusun semula pengaruh politik Mahathir, termasuk membuka ruang kepada kesinambungan legasi melalui anaknya, Mukhriz Mahathir.
Hakikatnya, Mukhriz sejak sekian lama sering dikaitkan dengan kebergantungan kepada pengaruh dan legasi Mahathir, berbanding membina kekuatan politik yang berdiri sendiri.
Dalam kerangka ini, pemecatan Hamzah sukar untuk dilihat semata-mata sebagai hukuman terhadap usaha “penyatuan Melayu”. Sebaliknya, ia lebih cenderung mencerminkan konflik kepentingan, pertembungan strategi dan perebutan pengaruh dalam kalangan elit politik yang mempunyai agenda masing-masing.
Paling jelas, Hamzah hanyalah utusan Mahathir dan tidak lebih dari itu dan mungkin ganjaran bagi Hamzah adalah jawatan kanan dalan barisan kabinet jika Mahathir kembali berkuasa?