Calon PRU16: Mas Ermieyatie Hanya Perlu Restu PAS

Melaka Digest
By -
0

Melihat kepada program terbaharu Mas Ermieyatie di Masjid Tanah, penganalisis politik Melaka berpendapat Mas Ermieyatie masih ingin mengekalkan kerusi parlimen Masjid Tanah walaupun beliau tahu bahawa peluangnya amat tipis.


Bersatu Melaka tidak akan memberi laluan kepada Mas Ermieyatie memandangkan beliau secara terbuka menentang kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu dan memilih untuk bersama kem Hamzah Zainuddin yang telah pun dipecat dari parti.

PAS Melaka pula bersikap membisu seperti menunggu arahan dari pucuk pimpinan parti mereka dan tambah penganalisis politik lagi, PAS mungkin melihat peluang untuk mengisi tempat Mas Ermieyati di situ. PAS pernah lakukan di pilihanraya kecil Nenggiri, Kelantan dengan meletakkan calon mereka dengan cara pemimpin PAS tempatan keluar dari parti PAS dan masuk Bersatu.

“Demi kuasa PAS lakukan apa sahaja, tambahan pula jika melibatkan aktiviti program sumbangan di markaz mereka” kata penganalisis lagi.

Mas Ermieyatie tidak lagi berselindung apabila menganjurkan program ‘Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadhan’ di kompleks PAS Kawasan Masjid Tanah.

Tertera gambar Hamzah Zainuddin di sebelah poster program tersebut seakan menghantar isyarat kepada PAS Melaka bahawa beliau masih berkeinginan tinggi untuk bertanding di parlimen tersebut. 
 
Bagi Mas Ermieyati, restu PAS lebih penting dari persetujuan Bersatu Melaka kerana PAS menguasai Perikatan Nasional di peringkat pusat.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)